Perang Nafsu di Selangor


By Mohd Sayuti Omar

Isu Selcat, Siapa Si Kucing Liar?

“SHEIKH apa dah jadi dengan Selangor? Ulaslah sikit..!” Begitulah pertanyaan seorang kawan dari Kota Bharu yang diemailkan ke dalam Facebook. Beberapa teman lain juga turut sama bertanyakan perkara sama menerusi SMS. Meminta saya mengulas mengenai ‘kegemparan’ yang berlaku di Selangor kini. Apa yang telah terjadi di Selangor sebenarnya? Saya terlepas memantaunya kerana beraya di kampung.

Cuma semasa nak berlepas dari Kota Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur tengah hari kelmarin (24 Sept) saya sempat menyilau sebuah akhbar harian yang melaporkan berita Khalid Samad suruh Dr Hassan Ali meninggalkan Pakatan. Apa fasal? Saya tidak membaca habis laporan itu, tetapi sudah dapat memahaminya sebab musabab yang dihuraikan. Melihat kepada tajuk berita itu saya sudah dapat agakkan apa yang terkandung dalam berita itu seterusnya, ia tentu negatif buat Pakatan Rakyat.

Gambaran berita itu kenapa Khalid bertindak begitu kerana Hassan tidak bersetuju dengan cara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). Itu saja kesnya. Hassan mempersoalkan prosuder penyiasatan Selcat itu kerana dikatakan ia mengaibkan pegawai yang terlibat. Justeri beliau mencadangkan agar ianya diadakan secara tertutup. Cadangan Hassan itu disalah anggap sebagai menentang dasar kerajaan.

Sebenarnya kalau Khalid Samad kecam Hassan Ali, bagi saya tidak memelikkan. Ia bukan kerja ajaib atau pun perbuatan ganjil lagi. Memang tugas Khalid Samad akhir-akhir untuk mencari salah Hassan Ali saja. Atau mungkin juga Tuhan jadikan Khalid Samad untuk bertindak sebagai penganggu Hassan Ali untuk menguji sejauh mana ketahanan semangatnya sebagai pemimpin. Umpama Tuhan menjadikan syaitan untuk menggoda manusia bagi menguji keimanannya. Kalau godaan yang dilakukan Khalid itu dapat diatasi Hassan maka layaklah beliau menerajui Selangor!

Mungkin ceritanya menjadi ganjil dan menarik kalau pada hari raya lalu Khalid memuji kepimpinan Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Atau mereka saling bermaaf-maafan dan bermaufakat untuk memperkuatkan Pas bagi memastikan Pas menang banyak kerusi pada pilihan raya akan datang dan seterusnya memerintah Selangor, dan bukan memperkuatkan mana-mana kuasa individu lain. Itu akan jadi cerita pelik dan menarik bagi saya. Tetapi kalau berita Khalid kritik Hassan sudah klise.

Sesampai di KL saya mencari maklumat di sebalik kenyataan Khalid itu. Saya kelebek situ dan buka sini takut-takut ada lagi masalah atau isu besar di sebalik teguran Hassan Ali kepada tindakan Selcat itu. Sampai disuruh Hassan keluar Pakatan tentulah besar salahnya! Manalah tahu takut-takut selepas beberapa hari lepas raya ini tiba-tia Hassan Ali mengistyharkan diri bergabung dengan Umno dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakayat. Manalah tau…

Read more at: http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/perang-nafsu-di-selangor.html



Comments
Loading...