Tunggu PAS keluar


Awang Selamat, Utusan Malaysia

Para pemimpin pakatan pembangkang di Selangor dijangka mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali.

Ia adalah ekoran gesaan khususnya pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu Hasan meninggalkan pakatan kerana kerap mengambil pendirian yang bercanggah.

Terbaru, beliau mempertikaikan kewibawaan ahli panel Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan mahu ia dirombak dengan diwakili oleh golongan profesional.

Pada Awang, apa yang disuarakan oleh Hasan ada kewajarannya. Mengapa teguran beliau yang mahukan penambahbaikan menerima tekanan balas daripada pakatan pembangkang?

Awang sependapat dengan Hasan bahawa proses pendengaran awam Selcat perlu dilakukan secara tertutup bagi menjaga moral dan imej pegawai kerajaan. Untuk apa memalukan mereka?

Dalam isu ini, Awang percaya Hasan akan terselamat lagi daripada sebarang tindakan. Lagi pun, DAP dan PKR masih bergantung kepada PAS dalam mendapat undi orang Melayu.

Tanpa PAS, pakatan akan lemah. PAS pula tidak mampu kehilangan Hasan khususnya di Selangor.



Comments
Loading...