Hasan Ali Kata Beliau Naikkan Isu SELCAT Kerana Hendak Membela Melayu


By Malaysia Waves

Itulah alasan yang diberikan oleh Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Khas bagi menyokong tindakan beliau baru2 ini di dalam isu SELCAT. Malahan, Hasan Ali memberi amaran bahawa terdapat banyak lagi isu Melayu yang beliau hendak dedahkan selepas ini yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Itulah sebenarnya motivasi Hasan Ali di dalam membawa isu SELCAT ini, yakni untuk membela Melayu dan hak orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi, yang hairannya, Hasan Ali tidak bagitau apa hak orang Melayu yang telah terhakis di dalam isu SELCAT ini?

Apakah membela pegawai2 yang terlibat dalam korupsi UMNO dan Barisan Nasional itu satu bentuk pembelaan orang Melayu? Adakah membela tindakan UMNO/BN menggunakan wang rakyat sewenangnya dalam kempen pilihanraya mereka sebagai satu bentuk perjuangan Melayu?

Tapi itulah sebenarnya asas kepada tindakan Hasan Ali mengikut Hasan Ali sendiri tentang sebab mussabab beliau mempersoalkan SELCAT. Ertinya Hasan Ali menyokong korupsi dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pegawai2 lantikan UMNO ini hanya kerana mereka adalah melayu.

Begitu bengap Hasan Ali dan begitu bodohnya PAS mempunyai pimpinan seperti Hasan Ali ini. Sejak bila Islam mengizinkan umatnya mempertahankan orang-orang yang melakukan kefasadan dan kemungkaran seperti ini? Sejak bila Islam mengizinkan umatnya meletakkan kepentingan bangsa di atas agama?

Read more at: Hasan Ali Kata Beliau Naikkan Isu SELCAT Kerana Hendak Membela Melayu



Comments
Loading...