Pesalah rasuah jadi calon?? Tranformasi korokmu Najib!!


By Anak Sungai Derhaka

Artikel ini telah ditulis oleh seorang Ahli UMNO yang menentang pencalonan Isa Samad, sebelum Isa Samad disahkan sebagai calon di Bagan Pinang..

Baca sampai habis.. best ooo…

Saya pada kali ini tidak bisa lagi menyembunyikan perasaan kecewa dan menyimpan kata kecil hati saya lagi. Mohon ampun dan maaf jika tulisan saya pada kali ini melukankan hati ahli-ahli UMNO, khususnya UMNO Bagan Pinang.

Namun demikian, itu tidaklah bermakna saya harus menutup mulut saya untuk bercakap perkara yang sebenar – demi memastikan UMNO terus relevan dan diterima oleh rakyat kembali.
Secara jujur dan berterus-terang saya mungkin merupakan ahli UMNO kedua selepas Tun Mahathir yang sangat keras menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang – walau apa-apa juga alasan yang diberikan oleh para penyokongnya, saya dengan tegas tetap berpendirian, Tan Sri Isa Samad harus ditolak terus daripada menjadi calon UMNO di DUN tersebut.

Alasan saya amat mudah, pencalonannya itu hanya akan mengundang fitnah yang dahsyat kepada diri beliau, di samping menyemarakkan lagi api kebencian rakyat kepada UMNO, sekali gus rakyat akan membuat tohmahan bahawa transformasi yang ingin dilakukan oleh DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin adalah palsu dan tidak ikhlas. Dalam hal ini, rakyat mahu DS Najib dan TS Muhyiddin bertegas bahawa mana-mana ahli UMNO yang sudah jelas terlibat dengan politik wang dan rasuah haruslah ditolak terus tanpa banyak soal dan rasa kasihan lagi, hal ini adalah jelas untuk menyelamatkan UMNO daripada golongan yang hanya mahu menimbunkan kekayaan peribadi.

Kita tidak harus ada rasa serba salah dalam hal ini. Sebagai pemimpin tertinggi UMNO, DS Najib dan TS Muhyiddin harus bertegas dan berani berkata "tidak" kepada TS Isa Samad dan para penyokongnya di Bagan Pinang. Jika tidak, UMNO akan tetap dilihat sebagai parti yang masih sayangkan pemimpin-pemimpin korup. Rakyat biasa yang berada di luar DUN Bagan Pinang pasti akan kecewa jika Tan Sri Isa Samad masih menjadi pilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO, dan impaknya adalah besar terhadap maruah dan integriti UMNO secara keseluruhannya.

Walau apa pun keadaanya, pencalonan Tan Sri Isa Samad harus segera dihalang dan digantikan dengan muka baru yang bersih daripada unsur rasuah dan politik wang. Hujah-hujah saya untuk menolak Tan Sri Isa Samad adalah seperti berikut : –

1. UMNO sama sekali tiada hujah untuk membela Tan Sri Isa Samad dalam soal rasuah dan politik wang – hal ini adalah kerana, terbukti UMNO telah menjatuhkan hukuman bahawa Tan Sri Isa Samad didapati bersalah terlibat dengan rasuah dan politik wang. Ini merupakan senjata yang paling ampuh parti pembangkang bagi menyerang peribadi dan integriti calon.

UMNO sudah tentu akan dituduh sebagai sebuah parti yang tidak pernah mahu insaf dan sedar diri, UMNO seolah-olah masih mahu menjadikan bekas perasuah sebagai calon pilihan raya. Malah, UMNO juga akan dilihat sebagai sebuah parti yang ketandusan calon dan pemimpin muda yang bersih daripada gejala rasuah dan politik wang.

PAS akan mendakwa bahawa, "Lihatlah tuan-tuan semua, bekas perasuah dijadikan calon UMNO, UMNO sebenarnya masih tidak serik dan mahu bertaubat, niat murni DS Najib kononnya mahu UMNO kembali bersih adalah retorik dan janji kosong semata-mata. Apakah rakyat boleh diperbodohkan lagi dengan mengundi seorang perasuh? UMNO cuba memperbodohkan rakyat, tetapi rakyat bijak dengan menolak calon yang terbukti pernah terlibat dengan rasuah dan kita tidak mahu UMNO terus-menerus memperbodohkan para pengundi di Bagan Pinang agar mereka tetap memilih seorang perasuah sebagai wakil mereka di sana."

2. Implikasi menjadikan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil hanya mengundang krisis keyakinan yang berterus kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Kesannya bukan sekadar UMNO di Bagan Pinang semata-mata, sebaliknya memberi impak negatif kepada seluruh UMNO itu sendiri. Kita, kononnya mahu membersihkan UMNO daripada para rasuah dan pengamal politik wang, tetapi malangnya kita masih mahukan bekas perasuah sebagai calon kita – di mana kewarasan dan kebijaksanaan kita? Ahli-ahli UMNO yang ikhlas tidak akan yakin lagi terhadap UMNO, jika kita masih tidak mahu belajar daripada sejarah. Pembangkang pasti akan berkata, UMNO tidak bijak memilih calon bagi mewakili parti tersebut di DUN Bagan Pinang, sebaliknya rakyat yang lebih bijak jika menolak calon UMNO yang jelas terlibat dengan rasuah.

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/09/pesalah-rasuah-jadi-calon-tranformasi.html



Comments
Loading...