Lokasi IP 120.141.120.96 yang mengugut Teresa


By Anak Sungai Derhaka

Lebih setahun selepas kejadian rumah keluarganya di baling bom petrol, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa beliau menerima satu lagi 'ugutan bunuh' semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai ugutan tersebut di balai Pandan Indah hari ini 01 Oct. 2009, Teresa berkata, ugutan tersebut dimuatkan ke dalam blognya 'Sassy MP'

Menurutnya, ugutan tersebut dimuatkan pada jam 10.37 pagi semalam di bawah nama 'Hanturaya'. Meseg itu berbunyi: "Teresa, kau ni patut diajar dengan darah. Terima kasih".

Komen itu, tambahnya, dimuatkan di bawah laporan "A Second DAP members' branch", yang merujuk kepada penubuhan cawangan DAP sewaktu sambutan Hari Raya baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan bahawa komen itu dimuatkan melalui alamat IP 120.141.120.96," kata Teresa yang juga exco kerajaan Selangor dan ADUN Kinrara.

Katanya, beliau perlu membuat laporan polis itu "untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa juga bentuk ancaman".

MalaysiaKini..

Dan bagi membantu pihak polis mempercepatkan siasatan dalam mencari lokasi IP 120.141.120.96 seperti yang dinyatakan oleh Teressa itu dibawah disertakan peta yang menunjukkan lokasi IP tersebut.

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/10/lokasi-ip-12014112096-yang-mengugut.html



Comments
Loading...