Port Dickson : Pantai yang ku pijak.. milik orang rupanya.


By Anak Sungai Derhaka

Sungguh mengasyikkan, pemandangan di tepi Pantai Port Dickson yang ku pijak ini hingga tak ku sedari… pantai yang ku pijak ini telah menjadi milik orang rupanya..

Mana tak jadi milik orang.. dari Port Dickson sampai ke pantai Pasir Panjang habis dijual oleh si Isa Samad dengan geran hak milik kekal.. hampeh!!

Isa telah dibuktikan bersalah melakukan rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004, dan digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO, sejak 24 Jun 2005.

Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M.Ravi berkata Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat BN juga merupakan kubu jenayah dan rasuah.

Katanya, pimpinan UMNO yang akan bertanding, Isa Samad mempunyai kes rasuah namun UMNO tidak ada calon yang lain.

”Kita ada bukti, pimpinan yang akan bertanding (Isa Samad) ada kes rasuah, tetapi UMNO tidak ada calon selain dari dia,

”kita sentiasa sedia tidak kira siapa dia, bapak yang bertading atau anak yang bertanding, tidak peduli, kita akan sediakan peluru kita, bila dia sudah isytihar (sebagi calon) kita akan tembak dia,”katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera pilihanraya PAS Terengganu di UPU Teluk Kemang semalam.

Menurutnya, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang telah menjual tepi laut (pantai) dengan geran kekal dan telah menjahanamkan satu Port Dickson.

”Tuan-tuan boleh nampak keliling Port Dickson hingga Pasir Panjang, semua tepi laut (pantai) dia telah jual, sekiranya dia bertanding, dan menang, yang tinggal sekarang di Tanjung Agas pun dia akan jual,”jelasnya.

READ MORE HERE:



Comments
Loading...