Hukum Allah


Dr Mahathir Mohamad

Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.

2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis (baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.

3. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?

4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.

5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?

6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.

7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?

8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.

READ MORE HERE



Comments
Loading...