Port Dickson, Bandar Tentera Darat atau Bandar Tentera LALAT?


By Anak Sungai Derhaka

Port Dickson Negeri Sembilan, merupakan sebuah pusat peranginan dan pelancongan yang bertaraf antarabangsa, dilengkapi dengan prasarana rekreasi yang mampu menggamit pelancong dari seluruh dunia mengunjunginya.

Bandar Port Dickson juga baru-baru ini telah dinamakan sebagai Bandar Tentera Darat oleh DS Najib suami Rosmah, bagi mengambil hati sebilangan anggota Tentera yang merupakan pengundi Pos bagi DUN Bagan Pinang.

Buat yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar pelancongan itu pasti terpegun dengan keindahan dengan keindahan pantainya yang memutih dan landai yang dianugerahi Allah.

Agak menghairankan, bagaimana sebuah Bandar yang telah diberikan gelaran Bandar Tentera Darat itu sebenarnya bukanlah dikuasai oleh Tentera Darat sebenarnya tetapi dikuasai oleh TENTERA LALAT.

Lalat adalah sejenis serangga yang nama scientifiknya ialah subordo Cyclorrapha ordo Diptera. Secara biologi lalat dibezakan dari nyamuk (subordo Nematocera) berdasarkan ukuran sesungutnya; lalat bersesungut pendek, sedangkan nyamuk bersesungut panjang.

Lalat biasanya mempunyai sepasang sayap asli serta sepasang sayap kecil yang digunakan untuk menjaga kestabilan ketika terbang. Lalat sering hidup di antara manusia dan sebahagian jenis darinya dapat menyebabkan penyakit yang serius.

Lalat juga adalah penyebar penyakit yang sangat serius ini kerana setiap tempat yang dihinggapi oleh lalat lebih kurang 125.000 kuman akan disebarkan.

Kehadiran dan penguasaan makhluk ciptaan Allah yang terlalu banyak ini menyebabkan pengunjung-pengunjung ke pusat pelancongan ini merasa tidak selesa.


Mari kita lihat kenapa lalat menguasai Bagan Pinang dan juga Port Dickson amnya…

Air longkang Kampung Bagan Pinang .

Air kumbahan dari Kampung Bagan Pinang sekarang
sedang 'join forces' dengan taman-taman perumahan sekitarnya.

Sekarang air kumbahan tadi sedang menuju Sungai Saguni.

Air kumbahan dari Kampung Bagan Pinang dan dari taman-taman
perumahan lain sudah bersatu-padu dengan Sungai Saguni lalu menuju
ke pesisir Pantai Port Dickson.

Itulah "end of the tunnel" air kumbahan tadi ke Pantai Port Dickson.

Saudara-saudari boleh lihat betapa canggihnya teknologi IWK cawangan Port Dickson.Sudahlah canggih,murah pula dan penduduk Port Dickson berterima kasih dengan IWK cawangan PD dengan membayar bil IWK setiap bulan.Lihat,betapa ajaibnya IWK menjadikan Sungai Saguni sebagai "Mega Longkang".



Comments
Loading...