N-31 Bagan Pinang: UMNO/Beer eNd Melindungi Perogol..!


Oleh Perisik Rakyat

Dalam tempoh kempen Pilihanraya Kecil N-31 Bagan Pinan, rakyat seluruh negara Malaysia telah didedahkan dengan berbagai berita berkaitan apa yang sebenarnya berlaku didalam parti yang dikatakan paling hebat di Malaysia iaitu UMNO/Beer eNd.

Berbagai salahlaku UMNO Beer eNd telah didedahkan kepada umum baik dari pihak atasan mahupun bawahan dan semuanya disertakan dengan berbagai dokumen dan bukti.

Rasuah menjadi topik utama yang menyelubungi calon UMNO yang dikira “suci-sesuci-sucinya” oleh pihak yang memilih. akhir-akhir ini, pihak UMNO galak memainkan isu “Fatwa TGNA” terhadap isu syurga dan neraka, kata-kata TGNA dipermainkan dan digambarkan pula kununnya TGNA adalah pemegang kunci syurga dan neraka dan dikatakan pula bahawa TGNA tahu siapa yang akan ke syurga dan siapa yang akan ke neraka.

Tetapi UMNO lupa 1 perkara, UMNO sendiri lebih hebat lagi dimana UMNO mampu untuk “menyucikan” ahli-ahli yang yang terlibat dalam salahlaku atau jenayah dengan mewujudkan satu badan yang dipanggil lembaga tata tertib.

Ini yang telah berlaku kepada Isa Samad setelah disabitkan dengan kes rasuah 1 masa dulu dan setelah melalui tempoh penggantungan (bukan hukuman mahkamah..!), Isa Samad dianggap sebagai ‘bersih”.

Perkara yang sama juga berlaku apabila Saiful Bukhari menuduh DSAI meliwatnya, setelah Saiful Bukhari bersumpah, ahli-ahli UMNO yang jumud termasuk PM dan TPM nya ketika itu mengesahkan bahawa Saiful Bukhari itu “suci”.

Itu kehebatan UMNO.

Banyak lagi kes-kes jenayah yang melibatkan ahli-ahli UMNO ditutup begitu sahaja tanpa tindakan susulan kerana UMNO itu kebal dari undang-undang.

Ini juga yang berlaku di Perak pada tahun 2001, ketika itu Tajol Rosli adalah MB Perak. 1 kejadian rogol yang melibatkan seorang Ketua Pemuda (Sungai Siput) telah berlaku. mangsa rogol tersebut telah membuat laporan kepada pihak PDRM tetapi tiada tindakan susulan sehingga ke hari ini.

Kejadian pertama berlaku pada pertengahan bulan julai 2001 lebih kurang jam 10:15 malam didalam tandas Pejabat ketua Pemuda UMNO yang beralamat di No 61D, Taman Aman, Jalan Besar Sungai Siput dan mangsa kemudiannya telah dirogol sekali lagi pada penghujung bulan julai 2001 lebih kurang jam 11:00 pagi.

Mangsa kemudiannya telah membuat 1 laporan polis pada 26hb. Jun, 2002 dan setelah laporan dibuat, tiada tindakan susulan dibuat dan sehingga ke hari ini, aku difahamkan bahawa kes ini masih tertangguh tanpa apa-apa tindakan susulan.

READ MORE HERE:



Comments
Loading...