Bagan Pinang: Apabila Suara Rakyat Didahulukan


Dr Mohamad Khir Toyo

Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang berjaya memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar. Tan Sri Isa memperolehi 8,013 undi menewaskan calon Pas Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi.

2. Apa yang menarik perhatian saya ialah kemampuan Tan Sri Isa meraih sokongan begitu banyak sehingga mencatat undi majoriti sebanyak 5, 435 undi. Saya difahamkan ini merupakan majoriti undi terbanyak pernah dicatatkan oleh mana-mana parti dalam pilihan raya DUN Bagan Pinang.

3. Lebih menarik ialah calon Pas kalah di semua 18 saluran mengundi. Ini juga jarang-jarang berlaku dalam mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini.

4. Pada hemat saya, keputusan pilihan raya DUN Bagan Pinang ini terhasil kerana Barisan Nasional dan UMNO mendengar dan mendahulukan suara dan kehendak rakyat berbanding pemimpin, penganalisis politik dan pembangkang.

5. Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran UMNO, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon. Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.

6. Namun Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Tun Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi Dun Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan.

7. Justeru apabila hasil kaji selidik, laporan risikan politik dan juga pandangan seluruh parti komponen BN di Teluk Kemang menunjukkan Tan Sri Isa dianggap mememnuhi aspirasi pengundi Bagan Pinang; maka BN membuat keputusan mencalonkannya.

READ MORE HERE



Comments
Loading...