berakhirnya riwayat KD Seri Inderapura (UPDATED with English Translation)


By Utuh Paloi Banjar Blog

Terkejut. Terperanjat.

Bukan terkejut kerana kapal itu terbakar. Kebakaran di atas kapal memang perkara biasa.

Terkejut kerana ia memakan masa lapan jam sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya. Terkejut kerana kejadian berlaku di atas kapal tentera laut dimana latihan memadam kebakaran adalah satu kemestian yang diamalkan setiap hari.

Terperanjat kerana tahap kemusnahan membuatkan kapal tersebut dikategorikan dalam keadaan ‘beyond economical repair’ (B.E.R.)

KD Rahmat, kapal frigate ’state of the art’ (ketika itu) yang ditempah khusus oleh kerajaan Malaysia dipertengahan dekad enam puluhan dengan nama asalnya KD Hang Jebat kerap juga mengalami keadaan serupa. Bermacam jenis kebakaran berlaku semasa sedang dalam pembinaan mahupun setelah diserahkan kepada TLDM. Namun ia tidak seteruk yang menimpa KD Seri Inderapura.

Kalau dicatit insiden-insiden kebakaran di KD Rahmat, rekod kapal ini tidak mungkin dapat diatasi oleh kapal-kapal TLDM yang lain.

Sekembali ke tanah air setelah lebih tiga tahun terlewat dari jadual, KD Rahmat lebih banyak menghabiskan masa bertambat di Malaysian Base Jetty (MBJ) Woodlands. Semasa bertugas dari tahun 1976 hingga 1977, cuma lebih kurang sebulan ia berada di laut, belayar meredah Laut Cina Selatan untuk dipertontonkan di perairan Sabah dan Sarawak, dibuka kepada orang awam di tambatan Rejang, Labuan dan Tawau.

Seingatnya, tiga kebakaran berlaku ditahun itu yang melibatkan ’generator, switchboard dan engine turbine’. Namun kebakaran-kebakaran itu tidak mengambil masa lama untuk dikawal.

Read more at: berakhirnya riwayat KD Seri Inderapura

Translated into English at Steadyaku47's blog: berakhirnya riwayat KD Seri Inderapura – English translation follows.



Comments
Loading...