Di Israel, Perdana Menteri letak jawatan kerana RASUAH.. tapi di Malaysia?


By Anak Sungai Derhaka

Di Israel, negara yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia dan satu-satunya negara yang tidak dibenarkan oleh passport Malaysia untuk masuk Perdana Menterinya, Ehud Olmert terpaksa meletakkan jawatan kerana menghadapi tuduhan rasuah. 

Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Keunikan Malaysia tidak dapat dinafikan oleh mana-mana negara di dunia ini.

Selain daripada rakyatnya yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa, Malaysia hanya diperintah oleh satu parti semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Terbaru, Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila seorang pemimpin yang pernah dijatuhkan hukuman oleh partinya kerana didapati bersalah di atas amalan rasuah politik dipertahankan oleh perdana menteri secara terbuka.

Perdana menteri mempertahankan pemimpin tersebut oleh kerana ingin memastikan partinya memenangi pilihanraya kecil (PRK) di selatan Semenanjung Malaysia setelah berkali-kali parti yang diperintahnya tumpas ketangan pakatan pembangkang dalam PRK.

Untuk menghalalkan tindakan partinya meletakkan pemimpin tersebut sebagai calon PRK, perdana menteri telah mencipta satu istilah baru yang dinamakan “kesalahan teknikal” ataupun “technical offense”.

Kata perdana menteri, kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin tersebut hanyalah kesalahan teknikal.

Inilah kehebatan Malaysia.

Di Israel, negara yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia dan satu-satunya negara yang tidak dibenarkan oleh passport Malaysia untuk masuk (kerana Malaysia tidak mengiktiraf penubuhan negara Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin) perdana menterinya, Ehud Olmert terpaksa meletakkan jawatan kerana menghadapi tuduhan rasuah. 

Rasuah yang dituduh kepada Ehud Olmert tidaklah sehebat kes PKFZ, akan tetapi beliau tetap meletakkan jawatan kerana ditekan oleh rakyat negara tersebut yang mahukan pemimpin mereka bersih dan kelihatan bersih.

Di Malaysia, apabila laman web Malaysia Today mendedahkan mengenai kertas mesyuarat kabinet berkenaan dengan PKFZ, yang disiasat bukannya isi kandungannya tetapi pihak yang membocorkan kertas mesyuarat tersebut. Begitulah hebatnya Malaysia. Orang yang bersalah tidak disiasat. Yang menjadi mangsa adalah orang yang membocorkan kesalahan tersebut.

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/10/di-israel-perdana-menteri-letak-jawatan.html



Comments
Loading...