Cadangan buat Tuan PM dari Bro Pyanhabib..


By Anak Sungai Derhaka

TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen.

Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.

Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut – saya tidak tahu kira betapa banyaknya – disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.

Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga – yang saya tidak tahu betapa banyaknya – saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!

Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui – bayar habis kepada konsensi lebuh raya – maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/10/cadangan-buat-tuan-pm-dari-bro.html



Comments
Loading...