Malaysia Lingkup Tanpa Petronas


Sedarkah anda 45% daripada pendapatan kerajaan adalah daripada RM yang disumbangkan oleh PETRONAS.

"Kerajaan Malaysia adalah pelabur paling bijak di dunia" kata Presiden PETRONAS (tanyalah orang PETRONAS bila kata-kata ini diucapkan). Kenapa? Kerana dengan hanya melabur sebanyak RM10juta, kerajaan memperolehi pulangan lebih 400 billion dan nilai terkumpul ini akan bertambah setiap tahun. Tatkala pendapatan PETRONAS merudum tahun lepas, pembayaran kepada kerajaan Malaysia pula kekal dengan trend menaik!

Alhamdulillah, PETRONAS berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada pelaburnya dan hasilnya dinikamati oleh seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya : Bagaimana jika pada tahun 2017 (bukan lagi 2014), hasil petroleum dan gas kita habis. Daripada mana pula kerajaan nak dapatkan wang untuk perbelanjaan negara? Lingkuplah Malaysia jika PETRONAS sudah hilang sumber pendapatannya! Apa akan jadi dengan ekonomi kita nanti? Apa akan jadi dengan rakyat kita nanti? Apa akan jadi dengan anak-anak kita nanti?

Hasil bumi yang diselenggarakan dengan baik oleh PETRONAS ini dijangkan habis dalam tidak sampai 10 tahun lagi. Apakah persediaan Malaysia untuk menghadapinya. Kita mewah hari ini kerana kita ada minyak. Tapi jika kita gagal merancang dan menguruskan wang ini dengan baik Malaysia akan terkebelakang 10 sepuluh tahun daripada Singapura. Pelikkan, Singapura lebih maju walaupun ia tiada hasil bumi langsung! Malaysia juga boleh lakukannya jika kita bermula daripada sekarang. Janganlah dibazirkan lagi wang untuk projek-projek mengarut seperti Piala Monsoon!

Read more at: http://ikhlasmalaysia.blogspot.com/2009/10/malaysia-lingkup-tanpa-petronas.html



Comments
Loading...