Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam yang berjaya


By Lee Wee Tak

Setelah membaca rencana tersebut yang membanggakan saya, saya pun termenung sejenak. Tidak lama dahulu, Puan Low, seorang pegawai PKNS yang telah berkhidmat berpuluh tahun di situ telah dilantik oleh Tan Seri Khalid Ibrahim untuk mengetuai PKNS buat sementara.

Sumber: Accounting and Business 2009

Encik Malkit Singh mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang kewangan dan beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan ABN AMRO (sebuah bank Belanda) dan semenjak menjadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia pada 1 Januari 2008, Bank Islam yang ketika itu mengalami pelbagai masalah kewangan dan operasi telah dapat dibaik-pulihkan olehnya.

Bank Islam Malaysia yang pertama itu mengalami kerugian kewangan sebanyak RM500 juta dalam tahum 2005 dan melonjat hingga RM1.26 bilion dalam tahun 2006.

Menurut Encik Malkit, demi memulihkan keyakinan umum terhadap Bank Islam dan mewujudkan nilai pemegang saham (shareholders' value creation), langkah-langkah yang telah diambil termasuk menyusun semula jurusan perniagaan Bank Islam serta produk-produk bank tersebut dan mengadakan usaha menjimatkan perbelanjaan.

Dalam tahun 2008, keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM208.3 juta dan pendapatan bank telah bertambah 14% menjadi RM1.25 bilion.

_________________________________________________________________

Setelah membaca rencana tersebut yang membanggakan saya, saya pun termenung sejenak. Tidak lama dahulu, Puan Low, seorang pegawai PKNS yang telah berkhidmat berpuluh tahun di situ telah dilantik oleh Tan Seri Khalid Ibrahim untuk mengetuai PKNS buat sementara.

Akibatnya pelbagai bantahan yang lantang telah diutarakan oleh pihak-pihak tertentu yang saya rasa tidak berkelayakan menghurai keputusan Menteri Besar Selangor itu secara waras dan betul.

Saya membuat rumusan ini berdasarkan kepada sebab bantahan mereka. Bagi mereka yang membantah kononnya Puan Low bukan Melayu, bukan beragama Islam dan "kerana ketua PKNS adalah imam kepada akidah kaki tangan PKNS" itu bukanlah alasan yang betul, waras, tepat dan boleh diterima.

Adakah semua kaki tangan PKNS beragama Islam? Adakah hanya orang Islam sahaja dibenarkan berjawat dalam PKNS? Adaka tujuan PKNS itu semata-mata untuk agama Islam sahaja? Saya rasa jawapan untuk soalan-soalan tersebut sudah terjawab. Bahkan mungkin saya boleh pinjam ungkapan Hakim Augustine Paul, soalan-soalan tersebut "not relevant" (tidak berkenaan) sama sekali.

Jika perlantikan Puan Low dipertikaikan dari segi kelayakan, keupayaan, pencapaian, sikap dan rekod amanah beliau, itu boleh diterima.

Mengapa pula orang yang membuat bantahan lantang tersebut tidak mengamalkan pendirian yang konsisten pula? Nak boikit atau berkumpul di Bank Islam tak? Mungkin salah di sisi undang-undang jika berbuat demikian.

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2009/10/ketua-pegawai-kewangan-bank-islam-yang.html



Comments
Loading...