Scorpene – apa yang rahsia? By Ladang Batagar/Translation with thanks by Sitadewi


By Ladang Batagar

“Had we called for an open tender, we would have exposed our defence secret to the enemies…”

Ketika terbaca jawapan  timbalan menteri pertahanan kepada soalan yang diajukan wakil DAP di Parlimen pada hari Khamis 22hb Oktober, saya menyangka penyelenggara berita online tersilap. Mustahil seorang timbalan menteri yang ada gelaran ’Dr’ di hadapan namanya memberi jawapan sedemikian.
 
Pagi hari berikutnya, saya bergegas ke kedai 7 Eleven berhampiran untuk mencari kepastian. Akhbar Star dan the Sun pun membawa ungkapan serupa. Apalah agaknya ayat yang diguna oleh akhbar berbahasa Melayu. Mungkin berbeza mungkin sama. Sejak kedua-dua kumpulan akhbar ini terpaksa menukar kiblat ke Menara Dato Onn, saya sudah tidak lagi mengikuti omongan pemberita, penulis dan pengarangnya.
“Sekiranya kita menawarkan tender terbuka, kita akan mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”. Mungkin begitulah lebih kurang maknanya jika diterjemah ke Bahasa Melayu.

Mujurlah wakil DAP yang mengajukan soalan sekadar melepas batuk di tangga. Ataupun macam robot yang telah diprogramkan. Asalkan ada soalan sudah memadai. Ketepatan dan kesahihan jawapannya tidak perlu dipersoal. Maka yang menjawab pun yakin ‘dalam kelompok orang-orang buta, yang celik sebelah mata menjadi raja’.

Musuh ? Malaysia bermusuh dengan negara mana agaknya. Tak mungkin. Rasanya beliau tersalah ungkap. Atau memang ketika ini Malaysia sedang bermusuhan dengan negara lain.
 


Comments
Loading...