Ahli Sunnah Wal Jamaah


Dr Mahathir Mohamad

1. Saya baru-baru ini telah tulis sedikit dibawah tajuk “Hukum Allah” berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah samada benar ia adalah hukum Allah.

Saya dikecam hebat oleh orang yang mungkin lebih terpelajar dalam agama. Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

2. Saya berdebar hati apabila membaca yang Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis ditangkap dan dibawa ke balai polis. Dia dilepas dengan ikat jamin polis.

3. Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Dr Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap. Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras.

4. Kemudian akhbar melaporkan kes terhadapnya belum pun disediakan. Apakah tidak ada “due process” dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja.

5. Teringat saya akan “Islam Hadhari” yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah? Jika Ya maka orang Islam di Malaysia hendaklah masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?

6. Selain dari itu saya juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik Dr Asri bahawa satu dari kesalahannya ialah beliau cuba berpandu kepada Al Quran dan Hadith dan tidak kepada ijma ulama ahli Sunnah wal jamaah.

READ MORE HERE



Comments
Loading...