Keluhan dan cadangan seorang ibu Melayu Singapura


Menurut Naib Menteri Pendidikan Mohd Puad Zarkashi, perbuatan bertutur dalam bahasa Inggeris adalah ganjil dan menjejaskan kebudayaan dan identiti negara. Beliau mahukan pihak swasta bertutur dalam bahasa Malaysia sahaja dan sebarang surat kepadanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris akan ditolak dan penulis akan diminta menulis semula dalam Bahasa Malaysia.

# harap-harap Naib Menteri PENDIDIKAN ini tidak menonton wayang dalam Inggeris seperti “Star Wars”, “Lord of the Rings” dan sebagainya ataupun rancangan-rancangan televisyen (jua harap dia ungkapkannya sebagai “kotak berbayang-bayang”) bermutu di saluran “National Geographic” dan “History Channel”)

# saya juga berminat mendengar sama ada beliau bercadang menghapuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam sistem sekolah dan apakah kesannya terhadap pembekal buku-buku ini (yang mungkin kawan-kawan ahli-ahli politik atau tidak)

# saya juga berminat mendengar pendapat dan sumbangan beliau dalam usaha menarik pelabur, pelajar, pelancong dan persara asing mengunjungi negara kita.

Walau macammana pun, berikut adalah sungutan dan cadangan daripada seorang ibu kaum Melayu di Singapura. Sama-sama kita renung siapakah yang lebih munasabah hujahnya.

Ubahlah sikap pengajaran
– Hasleen Bachik (Puan)

The Straits Times Novemrber 19, 2009

Saya merujuk kepada laporan semalam “MM Lee mahu pembelajaran Bahasa China dijadikan seronok”. Jika ikhtiar Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew termasuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai alat pembantu pembelajaran, maka ini akan banyak membantu para pelajar Bahasa Mandarin dalam sekolah.

Sebagai seorang pelajar Melayu yang cuba memperlajari Bahasa Mandarin di sekolah dalam tahun 70’an, ejaan dan penghafalan adalah mimpi ngeri saya.

Memang biasa saya dapat markah sifar kerana gagal menghafal perkataan China. Saya akhirnya mengalah dan menukar balik bahasa pertuturan saya kepada bahasa Melayu.

Pengalaman saya mempelajari Bahasa Mandarin itu memenuhi kegagalan kerana guru-guru saya dengan tegasnya menolak penggunaan Bahasa Inggeris untuk menolong pelajar mempelajari bahasa ibuandanya.*

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2009/11/keluhan-dan-cadangan-seorang-ibu-melayu.html



Comments
Loading...