BTN tidak perlu dihentikan – Hishammuddin


 

(Utusan Malaysia) – Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dihentikan dan segala tuntutan parti pembangkang untuk berbuat demikian tidak seharusnya dilayan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kursus dan modul yang diperkenalkan dalam BTN sebenarnya penting dalam menerapkan dan memupuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

“Ia penting dalam membina sebuah negara yang maju dan utuh. Saya sebenarnya hairan kenapa baru sekarang parti pembangkang menimbulkan tuntutan seperti ini walhal kursus BTN telah lama wujud.

“Ini mungkin berlaku kerana mereka ketandusan isu selain ingin mengalih perhatian daripada masalah dalaman yang mereka hadapi sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Korban Peringkat Parlimen Kuala Nerus di Masjid Kampung Tok Jembal di sini hari ini. 



Comments
Loading...