BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 2/5


Oleh Arifabdull

Penulis sendiri pernah dipaksa oleh pihak sekolah menghadiri kursus BTN di sebuah kem BTN di negeri Perak.

Rata-rata di kalangan rakan sekolahku yang telah dipaksa menghadiri kursus tersebut memang tidak berasa selesa dan enggan menyertainya sejak dari mula lagi.

Kami berasa terpaksa menghadirinya kerana arahan memaksa kami menghadirinya dikeluarkan secara tiba-tiba.

Selain itu, arahan pihak sekolah (baca: pejabat pendidikan daerah) itu dilakukan secara diktator dan kami langsung tidak diberi peluang untuk memilih untuk tidak mengikuti kursus karut itu.

Kami memang dipaksa dan terpaksa pada masa itu, makanya penulis berasa beruntung kerana setelah pulang dari kem BTN tersebut, hampir separuh dari kami mengambil sikap mempertikaikan setiap perkara yang terdapat dalam BTN.

Pihak pejabat pendidikan daerah mengarahkan pihak sekolah segera menyediakan sejumlah peserta dari sekolah kami dikatakan setelah Mahathir (perdana menteri pada masa itu) terpaksa membatalkan kehadirannya sebagai ‘pembakar semangat’ dalam kursus BTN tersebut.

Mahathir dikatakan telah direncanakan sebagai ‘penceramah utama’ dalam kursus yang sepatutnya dikhususkan kepada sekelompok mahasiswa dari sebuah universiti tempatan.

Memandangkan Mahathir tidak dapat memberikan ‘ceramah utamanya’ dalam kursus itu, maka penyertaan para mahasiswa istimewa itu juga telah ditunda ke tarikh yang lain.

Maka kami dipaksa untuk menggantikan para mahasiswa itu. 

READ MORE HERE 



Comments
Loading...