Jatuhnya komunisme, munculnya Mahathir dan M’sia Inc.


WRITTEN BY FAISAL MUSTAFFA, CPI

Jangkamasa 20 tahun banyak peristiwa berlaku namun kita tetap mengulangnya. Kita gagal untuk mempelajari dari masalah dan kesilapan.

Semasa aku berada di negeri Jerman dua minggu lalu (dari Nov 2 hingga Nov 20), aku dapat menyaksikan bagaimana rakyat di situ begitu menghargai peristiwa bersejarah yang berlaku pada Nov 9, 1989.

Rakyat Jerman pada tahun 2009 ini berpesta dan melaung-laung memperingati robohnya Tembok Berlin dua dekad yang lampau. Sungguhpun tembok tersebut sudahpun menjadi sejarah, orang Jerman tidak memerapkannya di dalam muzium.

Bagi upacara simboliknya, negeri Jerman telah mengadakan satu acara gilang-gemilang di mana replika tembok tersebut disusun seperti domino dan kemudiannya ditumbangkan satu persatu.

Secara sengaja, pihak penganjur hanya membiarkan satu bahagian sahaja tembok tidak dijatuhkan. Ia mungkin isyarat tersirat yang ingin dinyatakan bahawa terdapat lagi kuasa-kuasa besar yang masih ego dengan kedudukan mereka yang enggan menyatukan masyarakat dunia.

Robohnya Tembok Berlin pada tahun 1989 pula telah menandakan penyatuan semula negera Jerman yang dipisahkan selepas Perang Dua Kedua kepada pemerintahan berdemokrasi di satu pihak dan komunisme di pihak yang lain.

Menyaksikan mereka meraikan ulangtahun ke-20 tumbangnya Tembok Berlin yang sejurus kemudian diiringi kejatuhan fahaman komunisme, aku teringat apakah signifikannya. Sungguh malang bagi kita, sejarah hanya menjadi matapelajaran untuk lulus peperiksaan. Kajian akademik menjadi bahan ilmiah dan bukannya menjadi rujukan umum.

Mungkin keruntuhan komunisme tidak memberi kesan secara langsung kepada warga negara ini. Akan tetapi, jika dibandingkan dalam dekad 80an itu juga, idealisme sosialisme banyak terhakis di tanahair kita.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...