Anwar vs Mahathir – Malaysians are weird!


Baru-baru ini kes saman malu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir telah sampai ke Mahkamah Rayuan. DSAI telah merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan kes tersebut tanpa bicara.

By Art Harun

Malangnya bagi DSAI, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan DSAI juga tanpa bicara. Ini adalah kerana peguam DSAI, Encik Karpal Singh (dan anak-anak beliau) telah memfailkan memorandum rayuan di dalam Bahasa Inggeris dan bukannya di dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan).

Untuk saudara-saudari yang tidak berapa arif tentang aturcara Mahkamah Rayuan, saya ingin terangkan di sini bahawa di dalam setiap rayuan ke Mahkamah Rayuan, pihak yang merayu perlu memfailkan memorandum rayuan di dalam masa yang ditetapkan. Di dalam memorandum itu, pihak yang merayu akan menyatakan perkara-perkara yang hendak dibangkitkan di dalam rayuan tersebut.

Mahakamh Rayuan mendapati bahawa memorandum rayuan yang di dalam Bahasa Inggeris itu tidak menepati peruntukan-peruntukan undang-undang khususnya Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Undang-undang berkenaan memerlukan semua dokumen Mahkamah difailkan di dalam Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia/Bahasa Kebangsaan).

Oleh sebab itu, memorandum yang difailkan oleh Encik Karpal Singh adalah tidak sah. Rayuan DSAI pun ditolak tanpa bicara.

Saya ingin memetik sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam keputusan bertulisnya mengenai perkara tersebut di dalam kes DSAI melawan Tun DrM. Petikan di dalam bahasa asal keputusan Mahkamah Rayuan adalah seperti berikut:

Read more at: Anwar vs Mahathir – Malaysians are weird!

 



Comments
Loading...