LAPORAN RASMI MENGENAI TIGA KES UJIAN LITMUS BUAT PDRM


KENYATAAN MEDIA

Per : LAPORAN RASMI MENGENAI TIGA KES UJIAN LITMUS BUAT PDRM

Adalah dengan ini, atas keinsafan dan kesedaran selaku anak muda Malaysia yang cintakan negara maka kami bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (sebuah gerakan anak muda dari perbagai latar belakang yang bersama berkongsi keyakinan untuk merobah Malaysia) hari ini membuat laporan rasmi mengenai

  1. Isu sogokan wang oleh ‘proksi’ Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) kepada Balasubramanian

Balasubramanian individu yang dikenali sebagai penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda (tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya dan kawan Najib Rzak) telah membuat kenyataan bersumpah pertama pada 3 Julai 2008 dengan menyatakan beberapa kenyataan yang mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya. Namun sehari selepas itu Balasubramanian telah Balasubramanian telah tampil dalam stau sidang media lain dengan akuan bersumpah kedua menafikan akuan bersumpah pertama.

Balasubramanian telah membuat dua akuan bersumpah dalam isu yang sama dimana kedua – dua akuan bersumpahnya jelas bertentangan. Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu. Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang – undang. Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramanian, apakah peguam negara (pihak pendakwaan) juga terlibat dalam melindungi ‘rahsia besar’ ?

Sebaik sahaja Balasubramanian membuat kenyataan bersumpah ke dua, dia dan keluarganya telah hilang. Namun PDRM pernah membuat kenyataan berjaya merakam kenyataan Balasubramanian di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Namun selepas itu perkara ini disenyapkan. Adakah PDRM juga terlibat dalam melindungi ‘rahsia besar’ ?

Tanpa disangka baru – baru ini Balasubramanian muncul semula dalam bentuk rakaman video. Rakaman yang tersebar dalam youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup menarik semula akuan bersumpahnya ‘yang pertama dan menghilangkan diri. Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan Polis, Tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.

Laporan kenyataan beliau boleh dicapai di link dibawah ini: 

READ MORE HERE 



Comments
Loading...