Mencipta Legenda Pakatan Rakyat
Ooi Heng, Merdeka Review
Dalam satu jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Dewan Rakyat pada 19 November 2009, sejumlah 4.3 juta (4,300,542) orang warga Malaysia tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun telah memenuhi kelayakan.
Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikemukakan Kementerian Kewangan, populasi Malaysia telah mencatat 27.73 juta orang pada tahun 2008. Dengan kata lain, mereka yang layak tetapi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, mencatat 15.5% daripada jumlah populasi Malaysia.
15.5% populasi tidak mendaftar
Sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 4.80 juta warga tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak. Seandainya perangkaan-perangkaan rasmi ini adalah benar, apakah ia menunjukkan bahawa proses “tambah dan tolak” dalam tempoh satu dua tahun ini masih mengekalkan bilangan pengundi belum berdaftar pada paras yang tinggi?
Sebaliknya, dalam PRU yang akan datang, seandainya pengundi baru ini masuk ke dalam barisan puluhan juta pengundi, 15.5% daripada populasi ini bakal memberi impak yang besar kepada keputusan PRU, malah menjadi penentu siapakah yang bakal mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.