Dakwa libel, Zaid saman Kadir Jasin


(The Malaysian Insider) – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyaman Ketua Pengarang Berita Publishing Datuk A. Kadir Jasin kerana menyiarkan artikel yang didakwa bersifat libel, bertajuk “Zaid, The Hurricane Hattie of PR” akhir Oktober lalu.

Rencana itu disiarkan dalam blog Kadir pada 21 Oktober lalu.

“Zaid yang juga seorang blogger mengemukakan saman itu di hadapan Tan Sri Ariffin Zakaria, Hakim Besar Malaya pada 2 Disember lalu.

“Saman itu diserahkan kepada saya oleh peguamnya, Rueben Mathiavaranam dari firma guaman Rueben Williams Advocates & Solocitors hari ini (semalam,” kata Kadir dalam blognya.

Zaid yang melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akhir tahun lalu kini merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam samannya, menurut Kadir, Zaid menuntut ganti rugi am kerana libel yang akan ditaksir; ganti rugi teruk kerana libel yang akan ditaksir, ganti rugi teladan kerana libel yang akan ditaksir, injunksi untuk menghalang defendan sama ada beliau sendiri, pengkhidmatnya, ejennya atau selainnya walau bagaimana sekalipun daripada terus-menerus menyiarkan/menerbitkan dan/atau menyebabkan diterbitkan/disiarkan perkataan yang diadukan yang terkandung dalam rencana yang dipertikaikan itu atau apa-apa perkataan yang serupa yang memfitnah plaintif.

READ MORE HERE: http://www.themalaysianinsider.com/



Comments
Loading...