Peristiwa di balai polis


“Harga saman asal ialah RM300. Awak bayar saya RM230; nanti resit akan catit RM150,” ujar S.

Oleh Fahmi Fadzil

LEBIH kurang dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Waktu itu, seperti hari-hari yang kita alami sekarang, hujan kerap turun. Di Bangsar, akibat jalan yang licin dan kecuaian memandu (awas bila hari hujan, kalian!), kereta saya remuk akibat melanggar dan dilanggar kereta orang.

Setelah selesai diperiksa Sarjan (namanya saya terlupa) di Balai Polis Tun HS Lee, saya dikenakan saman. Dalam perlanggaran lima kereta malam itu, saya pemandu yang keempat, maka dari sudut insuran kereta saya terjamin; kasihan pemandu yang melanggar belakang kereta saya — “Dia memang tak boleh lari!” jelas Sarjan itu. Walau saya dan abang saya cuba agar saman tidak dikeluarkan, akhirnya Sarjan itu memberi sedikit ruang untuk membayarnya. Hari terakhir: 30 Okt 2009.

Hari Raya datang dan pergi. Rendang dijamah, lemang dilahap. Hujung bulan Oktober pun semakin hampir. Alangkah sayangnya, saya tiba pada hari sistem bayaran saman PDRM lelah. Orang ramai menunggu berjam-jam tanpa diberitahu hal kerosakan ini, hinggalah saya bertanya pada seorang anggota polis trafik dan diberitahu, “Ini selalu berlaku. Kita pun tak tahu bila sistem akan berfungsi semula.” Saya harap RM1 billion yang bakal diberi pada PDRM diguna untuk memperbaiki sistem ini serba sedikit!

Akhirnya, tanggal 2 Nov saya kembali ke Balai Polis Jalan Tun HS Lee, setelah menelefon dan memastikan yang sistem bayaran saman itu sudah kembali beroperasi. “Alhamdulillah, tak payah pergi mahkamah!” terlintas fikiran di hati.

Setiba di kaunter semakan saman jam 12 tengah hari, barisan untuk menyemak saman sudah lanjut keluar bilik. Tanpa berlengah, saya masuk beratur. Seketika kemudian, saya ternampak seorang anggota polis trafik beruniform di tepi barisan. Saya ingatkan dia membantu meringankan kerja mereka yang di belakang kaunter. Saya pun mendekatinya.

Anggota polis trafik itu melihat surat saman saya. Dia berkata, “Encik, ini saman kemalangan. RM300 ni.” Saya bertanya, “Tuan, boleh ke saya buat rayuan?” Dia jawab, “Tidak, kemalangan tak boleh.”

Nota: Ini fakta salah. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh pegawai polis lain yang semua saman, sebelum ke mahkamah, boleh dirayu. Anda hanya perlu ke kaunter rayuan dan tulis surat rayuan; di Balai Polis Jln Tun HS Lee, ianya di bilik bersebelahan kaunter semakan saman.

Saya bertanya lagi, “Tapi Tuan, betul ke saya tak boleh buat rayuan?”

Dia berfikir seketika, langsung meminta saya ikut dia. Sewaktu berjalan dengannya, saya berfikir, “Alhamdulillah ada anggota polis macam ni. Baik dia nak bantu saya.” Salahnya saya!

READ MORE HERE: http://www.thenutgraph.com/



Comments
Loading...