UMNO Takut Doa Tok Guru?


Sememangnya pelik sekiranya seseorang yang sanggup menidakkan hak rakyat Kelantan kepada royalti petroleum mengatakan pula kerajaan pusat ‘menghadiahkan’ wang ehsan kepada agensi kerajaan persekutuan di Kelantan.

By Hikayat Putera Batu

Niatnya adalah untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, khasnya dalam tempoh terdekat agar menunjukkan bahawa BN memberi duit walaupun mereka tidak berhak kepadanya.

Namun hakikatnya duit itu tidak akan sampai kepada rakyat Kelantan, khasnya yang daif dan yang memerlukan. Najib mencedok ide Idris Jusoh Terengganu dimana royalti minyak negeri digunakan sebagai ‘umpan’ untuk menarik kembali sokongan terhadap UMNO dan BN.

Namun hakikatnya jua wang ehsan tersebut akan habis disapu oleh pak kroni UMNO dan BN sebelum ia akhirnya sampai kepada golongan bawahan. Lapisan pertama akan diambil oleh Ketua Bahagian UMNO, lapisan kedua diambil oleh AJK Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan seterusnya.
 


Comments
Loading...