Bloggers upahan Mukhriz mahu menguasai Kabinet dan PM


 

Kelab Penyokong Maya UMNO 

Sememangnya telah diduga dua bloggers upahan Mukhriz Tun Mahahthir ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin dan seperti yang dijangkakan ini berlaku apabila ada angin yang bertiup yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri. Seperti biasa angin angin ini akan bertiup dahulu, rahsia kerajaan akan terbocor dan bloggers ini akan mengambil peluang untuk menghasut orang orang tertentu untuk menyingkir semua mereka mereka yang berbau Pak Lah.

Mangsa yang pernah menerima nasib malang ini seperti Rashid yang diurakan akan dilantik sebagai SU Akhbar TPM, Omar Ong yang akan dilantik sebagai Board Director Petronas. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang di ura urakan akan dilantik sebagai CEO MRCB. Bloggers ini lah yang akan memberikan pandangan dan bloggers inilah yang cuba menghalang. Namun tidak semua yang dilakukannya berjaya. Mereka gagal menghalang Sdr Omar Ong walaupun desakan demi desakan tetapi mereka gagal juga.

Mereka yang suka melainkan isu ini adalah bloggers yang rapat dengan Tun Mahathir, Big Dog, Sdr Zakir. Sedangkan Sdr Zakir ini adalah sepupu kepada Omar Ong tetapi oleh kerana telah terhutang budi dengan Tun Mahathir dan juga Mukhriz, Zakir terpaksa mencincang sepupunya sendiri.

Zakir sememang dikatakan tidak sebulu dan tidak boleh menerima langsung budak budak tingkat empat dan jika boleh Zakir mahu menghapuskan budak budak tingkat empat ini sampai ke cucu cicit mereka. Sebenarnya budak tingkat empat ini langsung tidak mengenali si Zakir ini. Mereka langsung tidak pernah usik keluarga, anak atau isteri Zakir. tetapi oleh kerana Zakir ini banyak termakan budi dengan Tun dan juga Mukhriz, beliau terpaksa memusuhi semua kaum kerabat tingkat empat.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...