Raja Petra guna pasport negara jiran?


(The Malaysian Insider) – Laporan akhbar menyebut pengendali laman web propembangkang Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin kemungkinan menggunakan pasport negara lain untuk memasuki Britain.

Utusan Malaysia melaporkan persoalan itu bukan sahaja menjadi ‘satu misteri’ yang tidak terjawab hingga hari ini tetapi turut menimbulkan kemusykilan Jabatan Imigresen negara ini.

Ini kerana Jabatan Imigresen sehingga hari ini tidak mempunyai rekod ‘keluar masuk’ pengendali laman web itu di negara ini sejak sekian lama serta pergerakan beliau di negara-negara lain.

Ekoran ketiadaan rekod ‘keluar masuk’ itu, Raja Petra dianggap masih berada di negara ini dan tidak pernah melawat negara-negara lain.

Ketua Pengarah Imigresen, Abdul Rahman Othman yang dipetik mengakui pihaknya tidak mempunyai catatan rekod perjalanan Raja Petra.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...