Dahulukan Qazaf, demi daulatkan hukum syariah


(Free Malaysia Today) – Dua peguam syarie akan memohon mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan membawa pertuduhan qazaf terhadap Salful Bukhari Mohd Azlan yang mendakwa kononnya beliau diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli Nordin dan Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman Kamar  Ainiah mengesahkan akan menfailkan permohonan itu setelah JAWI enggan bertindak atas aduan Qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful lebih 18 bulan lalu.

Zulkifli memberitahu Suara Keadilan, pihaknya juga akan menghantar surat kepada Ketua Pendakwa Syarie menuntut penjelasan mengapa JAWI berpeluk tubuh dan tidak meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful.

Anwar memfailkan aduan qazaf terhadap Mohd Saiful di pejabat Jawi di Damansara pada 9 Julai 2008 tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan terhadap Saiful yang bebas melontarkan pelbagai kenyataan berbau fitnah.

Oktober  lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom memberi alasan pelik bahawa kes qazaf tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah selagi kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah sivil belum selesai.

READ MORE HERE



Comments
Loading...