Dua peguam Bala terpaksa hilangkan diri


(Free Malaysia Today) – Kematian tragis warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kehilangan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam  menyebabkan rakyat semakin sangsi dan tidak yakin sama ada nyawa dan keselamatan mereka mampu dijamin pihak berkuasa.

Terbaru dua peguam yang mewakili dan membantu Bala berhubung akuan bersumpah yang dibuat beliau pada Julai 2008 kini terpaksa menghilangkan diri akibat menerima ancaman kepada nyawa mereka.

Menurut Americk Singh Sidhu beliau berasa dirinya tidak lagi selamat berada di negara sendiri berikutan pendedahan temuramah Bala yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today November lalu.

“Saya berada di luar negara sejak November kerana saya tidak yakin keselamatan saya terjamin,” kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan di Indonesia.

Tambahnya lagi seorang lagi peguam, Amarjit Singh Sidhu juga terpaksa ke luar negara kerana mendakwa mendapat tekanan daripada anggota Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia.

Americk berkata Amarjit adalah bekas anggota Cawangan Khas sebelum menjadi peguam.

“Beliau juga meninggalkan Malaysia kerana sentiasa diikuti dan diganggu oleh ‘Special Branch’.

“Malah pemandunya juga pernah didatangi oleh anggota ‘SB’ yang bertanyakan dimana bosnya berada,” kata Americk.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...