Nazri bidas Mahathir isu kalimah Allah


(Free Malaysia Today) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, menafikan dakwaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaanlah yang membawa isu penggunaan kalimah Allah untuk diselesaikan di mahkamah.

Beliau berkata, Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam yang membawa isu tersebut ke mahkamah dan kerajaan tiada cara lain melainkan menyelesaikannya melalui jalan itu.

“Sebenarnya apa yang Mahathir kata tidak betul sebab yang membawanya adalah Pakiam,” katanya pada sidang media sempena program kempen kesihatan, bertempat di Dewan Kampung Buaia, di sini.

Menurutnya, tindakan kerajaan adalah betul dalam soal tersebut dan tidak mahu isu itu diperkotak-katikkan sesetengah pihak.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...