RPK Speaks His Mind – The Price of the Cause (UPDATED with BM Translation)


RPK explains why he has made so many personal sacrifices to support the creation of a more democratic and transparent Malaysia.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

{youtube}FoM1QN4lRFY{/youtube} 

Translated into BM by Jason C.
 
Sebenarnya, saya akan berhenti memikirkannya.

Kalau saya terus memikirkan mengenainya, maka saya takkan melakukan separuh pun dari perkara yang sedang saya lakukan sekarang.

Sebelum zaman kita pun, ramai rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk bangkit dan menentang perkara yang dianggap sebagai pelanggaran hak asasi manusia, maruah, kebebasan sivil dan sebagainya.

Mereka menderita. Ada yang dibunuh… ada yang dihukum mati, termasuklah sebelum Merdeka.

Tok Janggut dan para pejuang sepertinya dibunuh, malah mayat mereka digantung secara terbalik dan dibiarkan mereput dalam kepanasan mentari.

Kalaulah mereka terlalu bimbang tentang keselamatan diri ataupun keselamatan keluarga mereka, maka dah tentu mereka takkan meneruskan perjuangan… dan akhirnya, mereka menanggung akibatnya.

Saya pula taklah sampai begitu. Memanglah saya ditimpa sedikit kesulitan… ditahan… dipukul dan sebagainya.

Tetapi bagi saya, ia taklah mengancam nyawa saya sebagaimana yang pernah dialami orang lain.

Saya selalu memberitahu kawan-kawan saya yang risau tentang diri saya. Mereka selalu berkata kepada saya, “Tak payahlah teruskan usaha awak. Berhentilah melakukannya ataupun larikan diri dari negara ni.”

Saya memberitahu mereka, “Serahkan saja kepada Tuhan.” Sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa untung nasib saya dah ditentukan lama sebelum saya dilahirkan.

Di mana saya akan mati… bila saya akan mati… cara saya mati… tu semua dah ditentukan sebelum saya dilahirkan. Saya tak fikir saya dapat mengubahnya.

Saya tak fikir saya dapat panjangkan hayat saya ataupun memendekkannya tanpa izin Tuhan.

Jadi, eloklah kita teruskan saja usaha kita untuk berkhidmat kepada masyarakat dan serahkan segala-galanya kepada Tuhan. Biarlah Dia yang menentukannya.

Itulah saja caranya bagi saya menenangkan hati saya.

Jika saya terus berfikir mengenainya, maka dah tentu saya berhenti berjuang. Saya tak tahu sama ada ini sikap yang terburu-buru ataupun semberono, tetapi kita tiada pilihan lain.

Adakah kita mempunyai pilihan? Apabila kita bangun pagi, kita berdepan dengan risiko. Nak melintas jalan pun ada risikonya. Memandu ada risikonya. Kalau awak nak elakkan diri dari risiko, maka tidur sajalah atas katil.

Tetapi hakikatnya adalah kita turun dari katil dan kita menggunakan lif. Kita tak pula takut kalau-kalau lif terhempas ke tingkat bawah.

Kita menaiki kapal terbang tanpa berasa takut kalau-kalau ada bom di dalam kapal terbang tu ataupun sama ada kapal terbang tu akan ditembak jatuh dan sebagainya.

Hidup ni penuh dengan risiko. Sejak dilahirkan lagi, kita sentiasa berdepan dengan kematian. Cara untuk mengelakkan diri dari kematian adalah dengan tidak dilahirkan. Tetapi sejak kita dilahirkan, maut boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Saya cuma harap saya takkan mati besok dan dapat mengharungi tahun-tahun yang mendatang. Tetapi siapa tahu, bukan?

Saya bukannya nak jadi hero. Sesetengah orang berkata bahawa saya cuba nak jadi hero. Tak sekali-kali, malah saya tak berlagak macam hero pun. Saya tak mahu digelar hero.

Saya hanya melakukan perkara yang perlu dilakukan. Jika saya yakin bahawa hidup saya ditentukan oleh seorang manusia lain, dan oleh Tuhan, maka sebagai Muslim, saya dikira gagal.

Ini kerana sebagai Muslim, kita yakin bahawa hanya Tuhan yang Maha Berkuasa. Manusia tak berkuasa. Andaikata ada orang yang mendatangi saya dan menembak saya, ia berlaku hanya kerana Tuhan mengizinkannya. Kalau Tuhan tak mengizinkannya, maka dah tentu ia takkan berlaku.

Beberapa artikel terbaru awak berkisar mengenai kekejaman polis… perilaku polis… artikel awak meyabitkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara… ia juga mengenai pembunuhan Altantunya… semua ni pasti menyakitkan hati orang atasan. Awak tentu sedar bahawa dengan menyiarkan artikel-artikel seperti ini, mereka dah tentu akan mula memburu awak. Tak pernahkah awak berhenti sejenak dan menimbangkan sama ada awak patut menyiarkannya ataupun tidak?

Tidak… saya sentiasa menimbangkan kemungkinan bahawa artikel-artikel ini akan mengundang kekerasan terhadap saya. Tetapi adakah itu pertimbangan yang perlu saya gunakan?

Takkah itu pertimbangan yang mementingkan diri sendiri? Kita kata bahawa kita berkhidmat untuk masyarakat… kita kata bahawa kita melakukan semua ni untuk rakyat Malaysia… kita menyebut-nyebut tentang perjuangan.

Ya, perjuangan adalah perkataan yang terlalu kerap disebut. Kita bercakap tentangnya dan bahawa semua itu akan dilakukan jika kita diberikan jaminan. Hakikatnya adalah tiada jaminan dalam perjuangan.

Kita berjuang dan kita sedia menerima segala cabaran yang menimpa.

 

RPK Speaks His Mind – The Altantuya SD 



Comments
Loading...