Raja Petra! Tunjuk muka jika ada dalam negara.. err biar kami tangkap!


Sekaligus menampakkan yang pihak polis masih tidak dapat mengesan dimana Raja Petra...

By Anak Sungai Derhaka

Beberapa bulan yang lepas Musa Hassan telah mengatakan bahawa Raja Petra Kamarudin telah bersembunyi di Melbourne. Musa Hassan juga berkata polis telah mengesan Raja Petra telah menyusup masuk ke Thailand secara haram untuk berlepas ke Australia..

Kemudian Mingguan Malaysia melaporkan pada Disember yang lalu Raja Petra dipercayai telah bersembunyi di Trinity Court Apartments di Gloucester Terrace,Manchester, London.

Dalam berkata mereka tahu dimana Raja Petra berada, tiba-tiba Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mencabar Raja Petra untuk menunjukkan dirinya jika benar beliau berada dalam Negara..

Alahai Tan Sri.. Kalau dah tahu dimana Raja Petra berada kenapa perlu mengeluarkan cabaran begitu, tidakkah itu satu kerja yang sia-sia atau membuang masa? Sekaligus menampakkan yang pihak polis masih tidak dapat mengesan dimana Raja Petra..

Read more at: Raja Petra ! Tunjuk muka jika ada dalam negara.. err biar kami tangkap!



Comments
Loading...