Kelantan tidak halang guna kalimah ‘Allah’


(Free Malaysia Today) – Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.

Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam.

“Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat,” katanya, dipetik dari keluaran terbaru, Harakah.

Nik Aziz berkata, “pada asasnya saya sudah jawab, memang boleh guna kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun kerana ada mainan di belakang, jadi untuk menyekat perkara yang tidak betul maka menurut usul fiqh ia harus disekat.

READ MORE HERE



Comments
Loading...