Khalid Samad


Zaid Ibrahim

Khalid Samad dari PAS adalah seorang pemimpin politik yang saya hormati kerana beliau berani mempertahankan perkara atau prinsip yang benar walau pun mungkin ada orang anggap ia akan rugi dari segi politik. Itulah yang membezakan ahli politik yang ada intelek dan integriti dengan orang politik yang bersifat murahan dan oportunis.

Orang yang rakus biasanya tak faham isu yang diperkatakan, atau kalau pun dia faham isu, orang jenis itu akan terus berdrama dan berlakon untuk mendapat sokongan orang ramai dengan diperalatkan melalui ucapan sensasi dan penuh emosi.

Saya melihat Khalid sebagai seorang manusia yang berani apabila beliau mengatakan Enakmen Agama Islam Selangor 1988 yang membuat larangan penggunaan perkataan-perkataan seperti ilahi, nabi, wahyu, masjid dan sebagainya kepada orang bukan Islam adalah tidak lagi sesuai dan perlu rombakan. Cadangan bernas beliau sebaliknya telah memberi ruang kepada kumpulan NGO Islam untuk membuat laporan polis terhadap Khalid atas alasan kononnya menghina Islam dan Sultan. Inilah reaksi kumpulan yang tidak biasa dengan muzakarah dan musyawarah serta perbezaan pendapat. Mereka hanya mahu Khalid dihukum dan ditutup mulut dan mindanya. Usaha untuk memahami dan membincangkan pandangan beliau tidak penting langsung bagi kumpulan NGO Islam. Yang penting bagi mereka, Khalid mesti dihukum.

READ MORE HERE



Comments
Loading...