DAY 5 – 1 APRIL 2003 (Part 1) (UPDATED with BM Translation)


The court was then told that, on one occasion, Azizan said he was never sodomised between 1992 and 1997. Then he said he was never sodomised between September 1992 and 1997. Then he said he was sodomised between 1 January 1993 and March 1993. Finally, he said he meant he was sodomised after May 1992; that it did not happen in Anwar’s house but in the Tivoli Villa.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

 

Anwar could have been acquitted if the judge had not violated the law

The fifth day of Anwar Ibrahim’s appeal hearing at the Kuala Lumpur Appeal Court was argued by two of Anwar’s counsels, Gobind Singh Deo and Jagdeev Singh Deo, sons of Karpal Singh.

Gobind informed the court he would be raising four main issues:

1. Impeachment proceedings that should have been instituted against the prosecution’s star witness, also the alleged victim of the sodomy act, Azizan Abu Bakar, who perjured himself during the entire course of the trial.

2. The credibility of Azizan on whose testimony the entire case rested.

3. Anwar’s alibi that proved Anwar’s whereabouts plus proved it was impossible for him to have been at the scene of the crime, Tivoli Villa, the entire 90 days between 1 January and 31 March 1993.

4. The need to prove a Prime Facie case against Anwar which the prosecution had not.

Azizan, on many occasions, contradicted himself, not only while giving testimony under oath, but on five different occasions between August 1997 and June 1999 while his statement was being recorded by the police under Section 122 of the Criminal Procedure Act.

Because of these contradictions, which the defence argued, “A witness who constantly changes his stand means he is lying,” the trial judge was asked to impeach Azizan and to cite him for perjury.

However, the judge ruled he would consider impeachment proceedings only at the end of the case for the Prosecution, then, at the end of it all, the judge declared that Azizan’s testimony was ‘as strong as the Rock of Gibraltar’.

In making this ruling, the judge just took some of the inconsistent statements Azizan had made then said that Azizan had satisfactorily explained the inconsistencies.

“Under Section 145 of the Evidence Act, the evidence of a witness about to be impeached must be taken as a whole,” argued Gobind.

“The trial judge was aware of this requirement. Yet he suggests he had complied with this principle.”

On 6 September 1999, both the Prosecution and the Defence had agreed to the impeachment proceedings. Then, on 7 September, the judge ruled that Azizan’s consistencies had been explained.

“The judge, however, made this ruling before the end of the Prosecution’s case.”

In justifying this, the judge said, “I have considered the testimony of Azizan earlier.”

The judge said he found Azizan to be a credible witness and that his credit was safe. But this ruling was made before the close of the Prosecution’s case.

“The judge should have deferred judgment until he had heard all the submissions, which should have been at the end of the trial,” argued Gobind.

The judge was adamant that Azizan was credible and an honest witness even before he could hear the end of the trial. “He had already pre-decided that Azizan is truthful before he could even hear the end.”

“The judge said he did not find any contradictions between what Azizan said in the first trial and what he said in the second trial. Even if there are, said the judge, Azizan has successfully explained these contradictions.”

“The judge said, “Azizan is a truthful witness both in fact and substance”.”

“The judge made this ruling even before hearing the witness out. The judge should have considered the prosecution’s entire case.”

The court was then told that, on one occasion, Azizan said he was never sodomised between 1992 and 1997. Then he said he was never sodomised between September 1992 and 1997. Then he said he was sodomised between 1 January 1993 and March 1993. Finally, he said he meant he was sodomised after May 1992; that it did not happen in Anwar’s house but in the Tivoli Villa.

“The prosecution’s entire case against Dato Seri Anwar rested on Azizan’s sole testimony. It is crucial therefore that the credibility of Azizan be established.”

“The judge, however, blocked this by not following the proper procedure.”

“The judge himself declared that, “This witness is very evasive. He cannot even answer simple questions”.”

“The judge knew Azizan was not reliable and said so. Yet he ruled that Azizan was a credible witness and did not want to impeach him for perjury.”

“The judge misdirected himself and the Appeal Court should now correct this,” said Gobind.

“The contradictions were very clear,” argued Gobind.

“Azizan said, from 1992 to 1997 he continued going to Anwar’s house because, after 1992, it never happened anymore.”

“Then Azizan said he was sodomised in Anwar’s house, but changed his story and said he was not sodomised in the house but in Tivoli Villa instead.”

“Then he testified he ‘did not have any problems’ with Dato Seri Anwar between 1992 and 1997.”

“Then, in answer to a general question, Azizan said he was never sodomised at all after 1992.”

Yet, the date on Anwar’s charge said he had sodomised Azizan from 1 January to 31 March 1993.

“The investigation officer was asked the basis of the date on the first charge that Dato Seri Anwar had sodomised Azizan in May 1992. Was it based on Azizan’s testimony in court (in December 1998)?”

“The investigation officer replied in the negative and said that it was based on ‘other statements’; two statements Azizan made (earlier) in July and October 1998.”

“However, on 7 December 1998, Azizan said he was never sodomised after September 1992 and that he had no problems with Dato Seri Anwar.”

“Then he said if he was asked ‘specifically’, he would have said the sodomy act still occurred between January and March 1993.”

“This is a fundamental departure from proper procedure in impeachment proceedings. The judge precluded himself from considering crucial evidence favourable to the defence. If not, Dato Seri Anwar and Sukma would have been acquitted.”

 

Translated into BM by Jason:

HARI 5 – 1 April 2003 (Bahagian 1)

Mahkamah kemudiannya diberitahu bahawa Azizan pernah berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara tahun 1992 dan 1997. Kemudian, dia berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara September 1992 dan 1997. Selepas itu, dia berkata pula bahawa dia diliiwat antara 1 Januari 1993 dan Mac 1993. Akhirnya, dia berkata bahawa dia diliwat selepas Mei 1992. Menurutnya, kejadian itu berlaku di Tivoli Villa dan bukan di rumah Anwar.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Anwar dapat dibebaskan jika hakim tidak menyalahi undang-undang

Hari kelima perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan hujah oleh dua peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan Jagdeev Singh Deo, kedua-duanya anak Karpal Singh.

Gobind memberitahu mahkamah bahawa dia akan mengemukakan empat isu utama:

1. Proses pendakwaan yang sepatutnya dijalankan ke atas saksi utama yang juga mendakwa dirinya diliwat, iaitu Azizan Abu Bakar, yakni ekoran sumpah bohong yang dilakukannya sepanjang perbicaraan.

2. Kredibiliti Azizan, yang mana keterangannya menjadi paksi kes tersebut.

3. Alibi Anwar yang menunjukkan lokasi sebenar Anwar, yang juga membuktikan bahawa adalah mustahil baginya untuk berada di tempat kejadian, iaitu Tivoli Villa bagi kesemua 90 hari terbabit, iaitu antara 1 Januari hingga 31 Mac 1993.

4. Keperluan untuk membuktikan kes prima facie terhadap Anwar, yang mana ia tidak dipenuhi oleh Pendakwa.

Azizan sudah banyak kali memberikan keterangan bercanggah, yakni bukan hanya ketika memberikan keterangan atas sumpah, tetapi juga dalam lima kesempatan berbeza antara Ogos 1997 dan Jun 1999, yakni semasa keterangannya dirakam oleh polis menurut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah.

Disebabkan percanggahan-percanggahan itu, yang mana Pembelaan berhujah, “Apabila saksi sentiasa mengubah keterangannya, maka itu bermakna bahawa dia berbohong,”, maka hakim perbicaraan diminta untuk mendakwa Azizan atas kesalahan sumpah bohong.

Namun demikian, Hakim memutuskan bahawa dia hanya akan menimbangkan prosiding pendakwaan selepas Pendakwa selesai dengan hujah mereka. Tetapi akhirnya, Hakim menyatakan bahawa keterangan Azizan adalah ‘sekuat Rock of Gibraltar’.

Dalam membuat keputusan ini, Hakim hanya memetik keterangan bercanggah yang pernah diberikan Azizan dan berkata bahawa Azizan telah memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung dengan percanggahan itu.

“Di bawah Seksyen 145 Akta Bukti, keterangan daripada saksi yang akan didakwa (kerana melakukan sumpah bohong) mesti diambil secara keseluruhan,” Gobind berhujah.

“Hakim perbicaraan menyedari akan keperluan ini. Namun beliau mengisyaratkan bahawa beliau telah memenuhi prinsip itu.”

Pada 6 September 1999, kedua-dua Pendakwa dan Pembelaan bersetuju supaya pendakwaan (kerana melakukan sumpah bohong) dijalankan. Tetapi pada 7 September, Hakim memutuskan bahawa percanggahan dalam keterangan Azizan sudah pun dijelaskan.

“Walau bagaimanapun, Hakim membuat keputusan ini sebelum Pendakwa selesai dengan hujah mereka.”

Sebagai justifikasi atas tindakannya itu, Hakim berkata, “Saya telah menimbangkan keterangan yang diberikan Azizan dahulu.”

Hakim mengatakan bahawa dia mendapati Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai. Tetapi keputusannya itu dibuat sebelum Pendakwa selesai dengan hujah mereka.

“Hakim sepatutnya menangguhkan keputusannya sehingga dia telah mendengar semua keterangan, iaitu pada akhir perbicaraan,” Gobind berhujah.

Hakim berkeras bahawa Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai dan jujur meskipun perbicaraan belum berakhir. “Belum pun perbicaraan berakhir, dia sudah pun memutuskan bahawa Azizan adalah seorang yang jujur.”

“Hakim berkata bahawa dia tidak menemukan sebarang percanggahan antara keterangan Azizan dalam perbicaraan pertama dan keterangannya dalam perbicaraan kedua. Kata Hakim, kalau pun ada percanggahan, Azizan telah berjaya menjelaskan percanggahan-percanggahan itu.”

“Hakim berkata,’Azizan adalah saksi yang jujur, baik secara fakta mahupun secara substansi’.”

“Bahkan Hakim membuat keputusan ini sebelum mendengar keterangan saksi yang berkenaan. Hakim seharusnya menimbangkan keseluruhan hujah Pendakwa.”

Mahkamah kemudiannya diberitahu bahawa Azizan pernah berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara tahun 1992 dan 1997. Kemudian, dia berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara September 1992 dan 1997. Selepas itu, dia berkata pula bahawa dia diliiwat antara 1 Januari 1993 dan Mac 1993. Akhirnya, dia berkata bahawa dia diliwat selepas Mei 1992. Menurutnya, kejadian itu berlaku di Tivoli Villa dan bukan di rumah Anwar.

“Paksi kes Pendakwa terhadap Dato’ Seri Anwar hanyalah keterangan Azizan. Jadi, adalah penting bagi memastikan kredibiliti Azizan.”

“Walau bagaimanapun, Hakim menolak usaha ini dengan tidak mengikut prosedur yang sewajarnya.”

“Hakim sendiri menyatakan bahawa,’Saksi ini suka berdolak-dalih. Soalan senang pun dia tak dapat jawab.”

“Hakim tahu bahawa Azizan tidak boleh dipercayai, malah mengatakan yang demikian. Namun begitu, dia memutuskan bahawa Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai dan enggan mendakwanya kerana melakukan sumpah bohong.”

“Hakim telah melakukan kesalahan. Maka Mahkamah Rayuan perlu membetulkannya,” kata Gobind.

“Menurut Azizan, antara 1992 dan 1997, dia masih pergi ke rumah Anwar kerana ia (dakwaan diliwat) tidak lagi berlaku selepas 1992.”

“Kemudian, Azizan berkata bahawa dia diliwat di rumah Anwar, tetapi menukar pula keterangannya dengan mengatakan bahawa dia diliwat di Tivoli Villa dan bukan di rumah Anwar.”

“Sesudah itu, dia menyatakan bahawa dia ‘tidak mempunyai sebarang masalah’ dengan Dato’ Seri Anwar antara tahun 1992 dan 1997.”

“Kemudian, Azizan menjawab suatu soalan umum dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah diliwat selepas 1992.”

Tetapi tarikh dalam pertuduhan Anwar mengatakan bahawa dia meliwat Azizan dari 1 Januari hingga 31 Mac 1993.

“Pegawai penyiasat ditanya tentang asas penetapan tarikh dalam pertuduhan, yakni bahawa Dato’ Seri Anwar meliwat Azizan pada Mei 1992. Adakah ia berdasarkan keterangan Azizan di mahkamah (pada bulan Disember 1998)?”

“Pegawai penyiasat menidakkannya dan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan ‘lain-lain keterangan’; dua keterangan terdahulu yang diberikan Azizan pada bulan Julai dan Oktober 1998.”

“Meskipun begitu, pada 7 Disember 1998, Azizan berkata bahawa dia tidak pernah diliwat selepas September 1992, dan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Dato’ Seri Anwar.”

“Selepas itu, dia berkata bahawa kalau dia ditanya secara ‘khusus’, dia akan mengatakan bahawa dia masih diliwat antara bulan Januari dan Mac 1993.”

“Ini melibatkan perlanggaran asas prosedur yang sewajarnya dalam prosiding pendakwaan (atas kesalahan sumpah bohong). Hakim enggan menimbangkan bukti penting yang berpihak kepada Pembelaan. Jika tidak, sudah tentu Dato’ Seri Anwar dan Sukma dibebaskan.”



Comments
Loading...