Untuk selamatkan Malaysia: Guling kerajaan Umno-BN


(Free Malaysia Today) – Kelangsungan Malaysia dan rakyatnya semakin terancam dan perlu diselamatkan daripada pemerintahan rasuah kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengingatkan rakyat bahawa pertikaian mengenai masa depan negara bukan lagi berpaksi kepada perbezaan politik tetapi atas kesedaran Malaysia di ambang kehancuran di segi politik, ekonomi dan sosial.

Dengan pengangguran mencecah ratusan ribu orang, rizab antarabangsa negara makin susut, pengaliran modal asing semakin ketara dan rasuah serta penyelewengan kuasa terus bermaharaja lela, Anwar berkata Malaysia tidak lagi boleh “menanggung” sebuah kerajaan korup seperti Umno-BN.

“Saya perlu tegaskan di sini, Malaysia sekarang perlu diselamatkan, pemimpin Umno-BN sekarang korup,” kata Ketua Pembangkang itu, dipetik dari keluaran terbaru bilangan 217, Suara Keadilan.

Beliau kesal semua masalah tenat negara ditutup media arus perdana yang sebaliknya menggambarkan Malaysia dalam kesejahteraan.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia jauh merosot berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand manakala rizab negara terus merudum.

Malaysia di segi ekonomi sudah kalah dengan Indonesia, Thailand,Brunei. Dengan Singapura dan Taiwan sudah lama ketinggalan. Sebab apa? Pemimpin rasuah,” katanya.

READ MORE HERE



Comments
Loading...