RPK Speaks His Mind – Was Anwar Really Poisoned? (UPDATED with BM Translation)


{youtube}bV2BQHtFqjo{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE 

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Translated into BM by Jason:

Semasa perbicaraan kes Anwar, terdapat ketika yang mana dia mengalami keguguran rambut.

Bibirnya berdarah… kukunya mula menguning, dan dia semakin kurus dan lemah.

Dr. Zulkifli, seorang pakar toksikologi memerhatikan Anwar dan berkata, “Tanda-tanda luaran menunjukkan bahawa Anwar mengalami keracunan.”

Jadi, dia mencadangkan supaya Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan.

Anwar pun meminta supaya dihantar ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia).

Mahkamah enggan membenarkannya.

Peguam Negara berkata, “Menurut peraturan mahkamah, awak perlu mendapatkan rawatan di penjara. Jika penjara tidak dapat memberikan rawatan yang diperlukan, maka awak perlu dirawat di HKL (Hospital Kuala Lumpur).

Anwar tidak bersetuju.

Anwar ingin supaya dia dihantar ke HUKM.

Dia lebih meyakini HUKM kerana apabila dia pergi ke HKL, terdapat kes yang mana rekod perubatannya dipadamkan.

Apabila rekodnya kemudiannya diminta (oleh para peguamnya), pihak HKL menyatakan bahawa rekodnya sudah dipadamkan.

Apabila para peguamnya bertanyakan sebab rekodnya dipadam, HKL menjawab bahawa sudah menjadi prosedur biasa hospital bagi memadamkan rekod perubatan pesakit yang sudah pun dibenarkan pulang.

Tetapi para doktor menafikannya. Menurut mereka, “Kami sentiasa menyimpan rekod perubatan pesakit. Jadi, jika pesakit tu kembali, maka kami dapat merujuk kepada rekodnya.”

Jadi, kami tahu bahawa tindakan itu membabitkan unsur mala fide.

Malah para doktor pun tidak menyetujui alasan HKL bahawa pemadaman rekod perubatan adalah prosedur biasa.

Jadi, Anwar berkeras supaya dia dihantar ke HUKM. Tetapi Peguam Negara tidak menyetujuinya.

Maka pertikaman lidah berlaku di mahkamah. Akhirnya, Hakim membenarkan permohonan Anwar.

Selepas itu, Anwar dihantar ke HUKM.

Pada masa itu, HUKM diketuai oleh Dr. Khalid. Di situ, Anwar menjalani beberapa ujian.

Mereka mengambil sampel air kencing, darah, kuku, rambut dan lain-lain lagi. Ia kemudiannya dihantar ke Australia, iaitu ke Melbourne Coroner’s Office.

Tetapi mereka tidak menghantarnya atas nama Anwar supaya ia tidak diketahui oleh kerajaan Malaysia.

Ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa Anwar mengalami keracunan arsenik.

Tetapi disebabkan sampel itu dihantar atas nama orang lain, maka mereka hanya bersedia mengeluarkan laporan jika sampel kedua dihantar, yakni atas nama Anwar.

Jadi, sampel kedua dihantar, yakni atas nama Anwar.

Tetapi polis mendapat maklumat mengenainya, lalu menyerbu pejabat kurier yang berkenaan dan merampas sampel tersebut. Mereka enggan membenarkan sampel itu dihantar ke luar negara.

Selepas itu, Anwar diawasi dengan rapi. Ini menyebabkan doktor tidak dapat mengambil sampel tambahan.

Tetapi sebenarnya, mereka mempunyai tiga set sampel. Sampel pertama sudah dihantar, manakala sampel kedua pula telah dirampas.

Saya menerima panggilan daripada Haji Hamid, iaitu salah seorang kenalan rapat Anwar. Dia meminta untuk bertemu dengan saya di PJ Hilton. Jam pada masa tu menunjukkan pukul 3 petang.

Jadi, saya pun pergi ke PJ Hilton. Hari tu adalah hari Jumaat… saya tak ingat tarikhnya. Tetapi perjumpaan tu berlaku selepas solat Jumaat.

Jadi, saya pergi ke PJ Hilton. Kami bertemu di tempat letak kereta. Apabila saya sampai, saya ternampak bahawa dia sedang bersembunyi di balik tiang. Dia mengisyaratkan supaya saya mendatanginya. Maka saya pun mendatanginya.

Katanya, “Saya perlu mencari seseorang untuk dihantar ke Australia. Kita ada satu lagi sampel (sampel dari Anwar). Kita perlu menghantar sampel ni ke Melbourne Coroner’s Office. Sampel kedua dah dirampas, malah polis sedang mencari sampel terakhir ni.”

Jadi, kami akhirnya sepakat bahawa saya akan menghantarnya ke Australia.

Selepas itu, kami memasuki PJ Hilton dan berjumpa dengan concierge.

Kami cuba menempah tiket ke Australia, tetapi tak dapat. Penerbangan paling awal pun adalah pada hari Isnin, iaitu 3 hari kemudian.

Jadi, saya terpaksa menyimpan sampel tu selama 3 hari.

Saya menyimpannya di dalam peti sejuk yang terletak di dalam bilik saya. Ia dimasukkan ke dalam bekas polisterin dengan ais kering.

Pada hari Isnin, saya membawa sampel tu ke Australia.

(Di Australia), saya menaiki teksi dari lapangan terbang ke Melbourne Coroner’s Office. Pada masa tu, mereka dah pun menunggu bersama dengan para peguam.

Kami masuk ke dalam dan mereka mengambil gambar sampel tu. Para peguam pula menandatangi keterangan bertulis bagi mengesahkan keseluruhan prosedur itu.

Kami juga memeriksa penutup bekas sampel dari HUKM bagi memastikan ia tidak diusik ataupun dibuka. Kami ingin memastikan bahawa ia telah ditutup oleh HUKM dan tidak diusik ataupun dibuka selepas ia dibawa keluar dari HUKM.

Selepas mengambil gambar dan membuka penutup serta melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan akuan peguam, maka sampel itu pun diuji.

Ujian menunjukkan bahawa sampel itu mengandungi arsenik. Jadi sahlah bahawa Anwar mengalami keracunan arsenik.

Sesudah itu, Wan Azizah membuat laporan polis mengenai keracunan arsenik yang dideritai oleh suaminya.

Perdana Menteri pada masa itu, Mahathir berkata, “Hanya disebabkan Anwar keracunan arsenik, tu tak bermakna bahawa dia diracuni. Dengan memakan makanan laut pun anda boleh terkena keracunan arsenik. Entah-entah Anwar banyak makan udang galah. Sebab tulah dia keracunan arsenik.”

Saya pernah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh. Jadi, saya tahu bahawa banduan tidak diberikan udang galah ataupun mana-mana makanan laut sekalipun.

Apa yang pasti adalah mereka menyediakan makanan yang kucing saya pun tak lalu nak makan. Mana ada makanan laut ataupun udang galah.

Jadi, adalah mustahil Anwar mengalami keracunan arsenik kerana memakan udang galah.

Berbalik kepada laporan polis Wan Azizah, Wan Azizah pula yang nak didakwa polis. Mereka nak dakwa Wan Azizah kerana membuat laporan polis berkenaan keracunan arsenik yang dideritai Anwar.

Jadi, kami mendedahkan bahawa saya berjaya membawa satu set sampel ke Melbourne dan ujian mendapati bahawa terdapat arsenik dalam sampel itu.

Kemudian, mereka nak dakwa lagi Wan Azizah atas ‘kesalahan’ menghasut dan membuat laporan palsu. Jika didapati bersalah, Wan Azizah akan dipenjarakan selama 2 hingga 3 tahun.

Saya berkata, “Kalau Wan Azizah didakwa, saya sendiri akan memberikan keterangan bahawa saya membawa sampel itu ke Australia, dan inilah laporan yang dikeluarkan oleh Melbourne Coroner’s Office, lantas membuktikan bahawa Anwar memang telah diracuni. Jadi, ini (laporan polis Wan Azizah) bukan laporan palsu.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk tidak mendakwanya. Jadi, isu tu terhenti setakat di situ saja.

Sebenarnya, kalau kami dibenarkan memasuki Penjara Sungai Buloh, kami akan mengambil sampel cat di dalam sel Anwar.

Selama 6 tahun 7 bulan Anwar dipenjarakan, Anwar dipindahkan ke lain-lain sel berulang kali. Dia dipindahkan setiap sebulan ataupun dua bulan.

Setiap kali dia dipindahkan, selnya dicat. Baik sungguh hati mereka, kan? Dia orang tak nak Anwar tinggal di dalam sel yang buruk. Jadi, mereka mengecat selnya.

Menurut Anwar, setiap kali dia dipindahkan ke sel baru, hidungnya diasak bau cat. Kami mengesyaki bahawa itulah punca keracunan arsenik Anwar… iaitu arsenik dalam cat.

 

PREVIOUS VIDEOS

Part 1: RPK Speaks His Mind – ISA and Solitary Confinement

{youtube}Q2XX4pHo9lE{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=Q2XX4pHo9lE

 

Part 2: RPK Speaks His Mind – Insulting Islam? Please!

{youtube}P4f64Jkin80{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=P4f64Jkin80

 

Part 3: RPK Speaks His Mind – Altantuya Statutory Declaration

{youtube}f4yE5vv73DA{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=f4yE5vv73DA

 

Part 4: RPK Speaks His Mind – Meeting Altantuya’s Father

{youtube}4Lgb9wwF9Ok{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=4Lgb9wwF9Ok

 

Part 5: RPK Speaks His Mind – Second ISA and Sedition Part 1

{youtube}lsOV60whgBM{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=lsOV60whgBM

 

Part 6: RPK Speaks His Mind – Second ISA and Sedition Part 2

{youtube}jHf9AcOxIis{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=jHf9AcOxIis

 

Part 7: RPK Speaks His Mind – ISA and Solitary Confinement

{youtube}Q2XX4pHo9lE{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=Q2XX4pHo9lE

 

Part 8: RPK Speaks His Mind – ISA and Religious Brainwashing

{youtube}J2CYr21-lUY{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=J2CYr21-lUY

 

Part 9: RPK Speaks His Mind – The Special Position of the Malays and the Federal Constitution

{youtube}LiT5MzoOLpo{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=LiT5MzoOLpo

 

Part 10: RPK Speaks His Mind – My Wish for Malaysians

{youtube}U4RJp7d25CY{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=U4RJp7d25CY

 

Part 11: RPK Speaks His Mind – The Price of the Cause

{youtube}FoM1QN4lRFY{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=FoM1QN4lRFY

 

Part 12: RPK Speaks His Mind – The Issue of the Malays

{youtube}ZZpd5gEhJUc{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=ZZpd5gEhJUc

 

Part 13: RPK Speaks His Mind – My Moral Compass

{youtube}k3dN4qZAEAg{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE http://www.youtube.com/watch?v=k3dN4qZAEAg

 



Comments
Loading...