Pusat ICT Rakyat PKR


Salam Sejahtera,

 

Saya Ridhwan dari BM. Pada hujung tahun 2009, kami telah bercadang untuk mewujudkan sebuah Pusat ICT untuk rakyat.

 

Tujuan kami agar pelajar dapat menggunakan kemudahan ICT secara percuma untuk membuat homework dan sebagainya.

Malah kami juga bersetuju mendermakan 15 set PC, meja, kerusi dan penghawa dingin. Kami telah membuat satu kertas kerja / cadangan pada 25hb Nov 2009 untuk diserahkan kepada TKM Pulau Pinang.. YB Mansor. Dan pada 25hb Jan 2010, Jam 6.00 petang baru dapat bersemuka dengan YB Mansor.

 

Setelah membentangkan dan berbincang, YB Mansor dengan penuh semangat dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan Pusat ICT Rakyat ini, seandainya diwujudkan di pusat khidmat DUN Penanti. Beliau menyuruh kami berhubung dengan pentadbir Yayasan Aman, En Rozi. Kami bersetuju dengan YB Mansor dan setelah berbincang dengan En Rozi, kami membuat satu anggaran sebanyak RM4,000/= untuk kos mengubah dan set-up pusat ICT di pusat khidmat DUN Penanti.

 

Malangnya, setelah menghantar email kepada TKM Pulau Pinang. YB Mansor tentang kos anggaran sebanyak RM4,000/=, sehingga kini tiada jawapan. Apabila kami menghubungi En Rozi, jawapan yang diterima ialah “Belum berbincang lagi, tak payah call, kalau ada apa-apa, saya akan call kamu.”

 

Persoalan kami, apakah Parti Keadilan Rakyat tidak berminat untuk mewujudkan Pusat ICT Rakyat? Mungkinkah kerana projek ini tidak memberi keuntungan dari segi wang ringgit untuk mereka? Atau Parti Keadilan Rakyat memang tak minat membela / berkhidmat untuk rakyat kerana sudah menang besar?



Comments
Loading...