Ku Li dedah surat perjanjian Petronas


(Free Malaysia Today) – Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak bersetuju royalti diganti dengan wang ihsan walaupun RM20 juta dijangka akan berikan kepada Kelantan bulan Mac ini.

“Tidak ada perjanjian lain, yang saya ’sign’ dan yang saya buat inilah dia!  Tak ada yang lain dan ini yang kita pakai sekarang kalau dia (Petronas) ’sign’ kemudian hari perjanjian ini tidak laku la. Kalau ini tidak laku bermakna tidak sahlah Petronas itu,” tegas beliau.

Sambil mendedahkan surat perjanjian Petronas itu kepada media, Tengku Razaleigh tetap mempertahankan bahawa hanya ada satu perjanjian sahaja dan Petronas seharusnya mengikut syarat perjanjian itu iaitu memberi royalti kepada kerajaan negeri Kelantan.

Bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas itu berkata,  “kita ada perjanjian, kita ada undang-undang.  Jadi kita kena ikut undang-undang yang terpakai.  Kita tidak boleh ikut selera kita sahaja, undang-undang ini Parlimen yang luluskan.”

“Bukan perkara ini kita ambil tepi jalan, perjanjian ini Petronas dengan kerajaan negeri yang mewakili rakyat.  Bukan perkara kecil. Tidak boleh hendak main-mainkan,” tegas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...