Salah guna kuasa & pecah amanah


(Free Malaysia Today) – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan bayaran royalti atau bayaran tunai tidak kepada kerajaan negeri Terengganu.

Menurut Tun Salleh, Kerajaan Persekutuan juga telah melakukan pecah amanah kerana telah membelanjakan wang tersebut secara tidak telus dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat Terengganu yang dijanjikan terbela dan terjamin.

Tun Salleh mendedahkan perkara ini sewaktu diwawancara Harakah, bagi menjelaskan kemelut isu royalti petroliam yang membabitkan tuntutan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat dewasa ini. 

“Petronas pula telah melakukan pecah amanah terhadap perjanjian dengan kerajaan negeri Terengganu kerana tidak membayar royalti atau bayaran tunai seperti mana yang termaktub dalam perjanjian dengan Terengganu,” tegas beliau.

Beliau menegaskan, bayaran tunai (cash payment) di bawah Akta Pembangunan Petroliam 1974 adalah bayaran yang ‘wajib’ dibuat oleh Petronas walau atas nama apa sekali pun, Royalti, Wang Ihsan atau Dana Khas.

“Wang tersebut tetap kepunyaan kerajaan negeri Terengganu kerana ia wajib dibayar di bawah Akta tersebut,” tambah beliau yang juga bekas exco Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...