GST Yang Masih Kabur dan Tidak Menentu


By Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat, Ahli Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat

Sekali lagi Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman tentang GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan. Umum mendapati bahawa terlalu banyak kekeliruan dan tidak pernah dibentang secara penuh maklumat tentang hal GST ini.

Hakikat ini diakui oleh beberapa pihak perunding professional termasuk persatuan seperti Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) seperti didedahkan oleh pelbagai penulisanin majalah bisnes dan ekonomi tempatan seperti ‘The Edge Malaysia’, Malaysian Business dll.

Pengumuman mutakhir ini menyebutkan sekali lagi bahawa beberapa barangan dan perkhidmatan asas seperti bahan makanan, kediaman, pendidikan, perkhidmatan, pengangkutan awam dan penggunaan bekalan air dan elektrik pada kadar tertentu tidak tertakluk kepada GST.

Umum perlu tahu bahawa apakah barang dan khidmat yang terkecuali dan mendapat pelepasan (tax exempted) dan apa pula yang berkadar sifar (zero rated) serta pihak yang terlibat dalam seluruh rantaian perniagaan juga mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan pembayaran balik cukai (refund). Pokoknya masih banyak perkara yang kabur, dengan tidak termasuk faktor sistem GST ini yang amat rumit dan cukup‘complicated.

Namun dalam jua perubahan sistem, khasnya GST, pengurusan dan proses pendidikan itu akan tentunya memakan waktu. Pengilang, pemborong mahupun perunict ingin tahu tentang kekerapan bayaran atau pun tuntutan atau bayaran balik yakni sistem refund, andainya cukai ‘input’ melebihi ‘output’ yang sekaligus akan mempengaruhi aliran tunai mereka.

Pun begitu, dari perspektif Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat, bantahan dan tentangan kami adalah jelas dan tegas.Kami sedar bahawa kerajaan BN yang sedang menanggung bebanan hutang kerajaan Persekutuan yang tinggi (RM 348bilion atau 54% dari KDNK) pada tahun 2009. Peningkatan RM50.5 bilion berbanding 2008 ini merupakan tambahan hutang sebanyak 450% berbanding peningkatan RM9.2 bilion dalam tahun 2005 atau 4 tahun lalu.  

Pada waktu yang sama sudah 13 tahun kerajaan Pusat mengalami defisit belanjawan dan telah membelon 7.4% dari KDNK pada tahun 2009, meskipun yg diramal hanya 3.6% pada pembentangan Bajet dalam tahun 2008. Kini kerajaan Pusat sangat-sangat tertekan dan tidak punya pilihan lain kecuali untuk mendapat sumber pendapatan baru.

Pergantungan kepada hasil minyak dan gas Petronas sudah sampai kepada paras tidak wajar. Petronas menyumbang 44.6% dari hasil pendapatan negara sehingga kini.

Dua perkara dilakukan dalam bajet 2010 bagi menambah pendapatan. Pertama mengurang subsidi dan kedua mengambil pendekakan menambah pendapatan dari sistem cukai. Ini kaedah atau pendekatan Fiskal namanya .

Ura-uranya kerajaan juga akan menggunakan kaedah Monetari juga dengan menaikkan kadar faedah (interest rate) yang telah pun mula diwawarkanoleh Bank Negara Msia (BNM). Namun ia tidak mendatang peningkatan hasil atau poendapatan yang langsung atau segera.

Badan Bertindak GST sekali lagi menegaskan bahawa kami tidaklah menentang GST di segi sistem pencukaian baru, meskipun ia tetap bersifat regresif atau memangsakan golongan berpendapatan rendah dan mungkin menguntungkan golongan berpendapatan tinggi. Perkara ini amat tergantung bagaimana sesebuah kerajaan menglah dan melaksanakan sistem cukai ini.

Kami sedar bahawa sistem GST ini boleh dicerakin dan diatur untuk mengelakkan kesan dan akibat ’regresif’ tersebut. Sekarang ini pun kerajaan telah mula meneliti seperti diwawarkan oleh Menteri di atas.

Akan tetapi kalau terlalu banyak barang-barang keperluan dan perkhidmatan seperti yang disebutkan oleh Menterinnya mahu dikecualikan atau diberikan ’pengecualian’ atau ’sifar cukai’ maka matlamat untuk mendapatkan penambahan pendapatan sebanyak RM1bilion dari sistem cukai GST ini berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang lama (SST) akan pasti tidak kesampaian. Ini menjadikan segala susah payah pengenalan sistem cukai ini tidak tersasar dan matlamat ini tidak tercapai.

Mentelahan kadar cukai jualan lama ialah 5% dan kadar cukai perkhidmatan lama ialah 10% dan kadar cukai GST bermula dengan 5%. Ataukah Menteri akan menggunakan ini sebagai alasan dan sebab untuk menaikkan kadar GST dalam waktu yang terdekat. Kuasa ini telah diperuntukkan dalam Rang-Undang GST ini. Menteri boleh dalam klausa rang undang-undang 10 (2, a dan b) melalui perintah yang disiarkan dalam ’Warta’ (a) menetapkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan dan (b) Mengubah atau meminda kadar cukai..

Ini mencemaskan rakyat dan Pakatan!

Read more at: GST Yang Masih Kabur dan Tidak Menentu.

 



Comments
Loading...