Masa Depan SPRM Dengan Mr.Klean


My first post brings you this particular piece by MACC officers themselves.

By Malaysia New Kid On Blog

Masa depan SPRM Dengan Mr.Klean

Kami warga SPRM ingin ketengahkan beberapa isu yang sedang berlaku didalam SPRM. Kami merasa tidak puashati dengan tindaktanduk Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Shukri Abdul ( Mr. Klean )- Pelakon handalan. Beliau menunjukan diri beliau sebagai orang yang baik, alim dan tegas. Setelah beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Mr Klean telah mengatur beberapa strategi secara halus yang mana kesannya akan memudharatkan kerajaan umumnya dan SPRM Khususnya yang sedang menjalani proses pemulihan. Beliau melakukan perkara ini demi kepentingannya diri sendiri. Pada pendapat kami perlantikan beliau adalah satu kesilapan besar yang dibuat oleh kerajaan.

Dalam tahun 2007, SPRM telah menyiasat kes melibatkan seorang ternama yang mempunyai kesan luka dimata. Walaupun sukar dibuktikan Mr.Klean dalam satu mesyuarat telah mengarahkan Pegawai Penyiasat kes supaya mencadangkan Tan Sri Ghani Patail tuduh manakala Tan Sri Musa Hassan dijadikan sebagai saksi. Mr.Klean cuma memberi arahan secara lisan tetapi tidak mahu buat minit bertulis. Fail masih disimpan dalam simpananya. Setelah lama baharulah kami ketahui yang Mr.Klean mahukan Dato Yusof menjadi Peguam Negara ….. Apa agenda beliau kami tidak tahu.

Setelah beliau memegang jawatan sekarang, beliau telah mula mengarahkan orang kanannya supaya mengumpul maklumat aktiviti rasuah Tan Sri Musa Hassan di Johor dan Kuala Lumpur. Contoh kaitan dengan Tengku Goh. Perkara ini telah disiasat dan diputuskan tiada kes, tetapi sekarang dia sengaja mulakan penyiasatan. Apakah tujuan Mr. Klean dalam hal ini. Apakah beliau mempunyai agenda tersendiri. Nak tahu, dalam tahun 2009 Dato Ramli Yusoff telah didapati tidak bersalah oleh .mahkamah di Sabah kerana salahguna kuasa. Keputusan tuduh dibuat oleh Peguam Negara dan kes ini dikendalikan oleh DPP yang sangat berpengalaman, tetapi Dato Ramli boleh menang. Puncanya, maklumat mendapati Mr.Klean telah menyalurkan maklumat berkaitan kes kepada pihak lawan melalui orang kananya. Ini bertujuan untuk menyelamatkan kawanya yang pernah bersama-sama bertugas di sabah. Mr.Klean mengganggap kejatuhan Dato Ramli adalah berpunca berpunca daripada Tan Sri Musa Hassan. Oleh itu beliau bertindak sedemikian.

Read more at: http://mynkob.blogspot.com/2010/02/masa-depan-sprm-dengan-mrklean.html



Comments
Loading...