Ekonomi Negara Sudah Pulih?


Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat
 
Pengumuman dibuat oleh YAB PM DS Najib beberapa hari lalu bahawa ekonomi telah pulih tentunya merupakan satu berita gembira. Dalam suku terakhir tahun 2009, ekonomi mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5%, meskipun mengalami penguncupan sebelumnya; penguncupan tiga suku sebelumnya, iaitu 6.2% pada suku pertama, 3.9% pada suku kedua dan 1.2% pada suku ke tiga.

 
Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7%, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3% yang diunjurkan sebelum ini. Untuk pengetahuan umum, pertumbuhan adalah sebanyak 4.6% dalam tahun 2008. Ekonomi telah pulih tegas Najib dan pimpinan kerajaan seperti Menteri Besar Pahang yang kurang arif tentang ekonomi lantas menyebutkan bahawa ini semua adalah kerana kebijaksanaan Najib mengurus ekonomi negara.
 
Penulis tidak suka untuk menganggu keseronokan dan euporia ini. Rakyat telah lama terhempit dengan pelbagai penderitaan hidup. Mereka mahukan satu suntikan harapan. Najib pula sangat berhajat untuk membuktikan bahawa beliaulah penyebab pemulihan ekonomi ini dan dialah harapan untuk rakyat. 
 


Comments
Loading...