Jawapan Kerajaan BN NS adalah “YA!”


Jarang kita rakyat biasa boleh bersua dengn Menteri Besar dan Jemaah Exconya, lebih-lebih lagi boleh bertanyakan beliau mengenai isu-isu yang berhubung kait dengan hidup kita saban hari.

By Lee Wee Tak

Oleh itu para Wakil Rakyat memainkan peranan penting mendapatkan maklumat yang berkaitan serta memantau pelaksanaan pentadbiran negeri untuk kita. Jawapan-jawapan yang diberi dalam Dewan Undangan Negeri boleh dijadikan bahan kajian untuk rakyat menilai prestasi, keprihatinan, sikap bertanggungjawab dan keberkesanan kerajaan negeri yang dipilih menerusi undi rakyat.

Sama-sama kita renungi tiga soal jawab di bawah:



ADUN: Y.B. ADUN SIKAMAT

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

i) Apakah jenis tindakan yang diambil oleh pihak JPS terhadap runtuhan tebing sungai yang sering berlaku berhampiran penembatan penduduk?

ii) Apakah perancangan yang sedang dibuat di sungai-sungai dalam kawasan Sikamat yang sering berlaku runtuhan tebing?

JAWAPAN:

i) Bagi runtuhan tebing sungai yang sering berlaku berhampiran penempatan penduduk JPS akan menjalankan kerja penahanan tebing. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada peruntukan Jabatan.

ii) Bagi sungai-sungai dalam kawasan Sikamat yang sering berlaku runtuhan tebing JPS sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan untuk kerja-kerja rekabentuk terperinci ia telah dipohon untuk dijalankan dalam RMK 10.

Ulasan:

Tindakan membanteras gejala bajir harus bergantung kepada betapa rumitnya masalah serta langkah-langkah yang perlu dan cukup untuk memastikan keselamatan harta benda serta nyawa dan bukanlah ke atas peruntukan yang dibuat oleh pegawai duduk dalam pejabat.

Merujuk kepada Penyata Kewangan Negeri Sembilan tahun 2008, peruntukan perbelanjaan Rancangan Tebatan Banjir Negari Sembilan dibelanjakan kurang daripada 50% meskipun masalah banjir terus berlaku.

Bahkan, menurut jawapan tersebut masalah setempat perlu dirujuk kepada EPU di Putrajaya untuk dimasukkan dalam RMK10 – jelas menunjukkan kerumitan sistem pemusatan kuasa di Persekutuan nan melengahkan masa dan bergantung kepada pegawai-pegawai tidak berada di tempat kejadian.

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2010/03/jawapan-kerajaan-bn-ns-adalah-ya.html



Comments
Loading...