Umno kemaruk laksana persempadan semula


(Free Malaysia Today) – Editor portal Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga di Parlimen.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan PR dalam pilihan raya umum akan datang.

“Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara ‘gerrymandering’,” tulis Raja Petra.

(’Gerrymandering’ adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Pencapaian Barisan Nasional akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui ‘gerrymandering’ ini seperti pilihan raya 1986, 1995 dan 2004.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...