Khabar dari pejabat Peguam Negara


Free Malaysia Today – Menurut satu sumber dari Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan manusia paling bijak di Jabatan Peguam Negara sehingga Tan Sri Gani Patail tidak senang dan takut dengan dia. Menurut sumber tersebut Yusof dikatakan hafal M.L.J.

Yusof dikatakan pada satu peringkat sudah bosan dengan pertembungan beliau dengan Gani dimana pada ketika itu (di hujung era pemerintahan Abdullah) beliau telah menghantar surat letak jawatan.

Pada ketika itu Najib ketakutan kerana tanpa Yusof tidak mungkin ada pendakwaraya lain mampu meneruskan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim, demikian dipetik dari blog Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard .

Malangnya untuk menolak terus perletakkan jawatan Dato Yusof tidak mungkin kerana Tun Abdul Majid Tun Hamzah (ketua team pendakwa kes Altantuya) yang menjadi orang kuat Gani sudah pun menduduki bilik Yusof dengan siap membuat ‘renovation’ sebaik sahaja Yusof menghantar surat perletakan jawatan.

Najib tak boleh kata apa pada Tun Majid kerana banyak rahsia misteri yang Tun Majid tahu. Hanya ada satu jalan iaitu Yusof perlu dinaikkan pangkat tetapi hanya satu pangkat iaitu Yusof menggantikan Gani. Itu lebih mustahil berlaku.

Maka kabinet telah bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan.Sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Najib benar – benar tidak punya sesiapa lagi yang mampu dan sanggup untuk mengetuai team pendakwaan kes Anwar Ibrahim.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...