Kenapa Jangan Sokong Umno (1)


Baca, Cetak dan Edarkan

Umno adalah sebuah parti lama dalam sejarah politik Malaysia. Sebuah parti yang sudah lama memerintah negara. Teramat lama. Akibat terlalu lama memerintah, maka makin banyaklah kezaliman, penipuan dan kejahatan yang mereka lakukan.

By From Vehicles to Life

Aku menulis dari sudut kaca mata anak muda yang melihat kejahatan secara serius apabila umur aku meningkat mencecah 15 tahun. Pada tahun 1998 menyebabkan aku daripada seorang remaja yang hanya tahu berseronok akhirnya akibat peristiwa Anwar Ibrahim dipecat makan aku memutuskan untuk membahagikan keseronokan hidup dengan perjuangan memulihkan negara daripada virus Umno.

Kenapa aku benci kepada Umno? Kenapa apabila ada saja berita mengenai Umno membuatkan aku rasa mahu pecahkan televisyen dirumah? Sebab Umno adalah sebuah parti hipokrit, munafik dan apa sahaja bersangkut – paut dengan perkara negatif, itulah Umno. Sebuah parti yang hidup atas nama penipuan. Antara perkara paling mudah mereka menipu adalah nama parti mereka, UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO). Jika benar mereka memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan keris mencacak ke langit kenapa tidak diubah sahaja kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pernah ikhlas mahu membantu Melayu. Jika nama sudah diInggeriskannya, bagaimana mereka ada semangat mahu membela Melayu. Melayu bagi mereka hanyalah slogan kosong. Melayu bagi mereka hanya sebuah bangsa yang mudah dibodohkan. Melayu bagi mereka hanyalah sebuah kaum untuk mendapat undi. Melayu bagi mereka hanyalah untuk mengekalkan kuasa. ITULAH UMNO!!

Read more at: Kenapa Jangan Sokong Umno (1)



Comments
Loading...