Musuh Kami : Ong Ka Ting


Sesungguhnya pemilihan kali ini tiada pemenang. Siapa yang menang dan siapa yang kalah akhirnya MCA tetap kalah.

By Shen Yee Aun

Kami sebenarnya merujuk kepada

1.    Rakyat Malaysia

2.    Masyarakat Cina

3.    Barisan Nasional

4.    MCA

5.    Ong Tee Keat

6.    Dr Chua Soi Lek

Penulis rasa ada dalam kalangan kita yang pernah mendengar tentang virus – virus yang wujud di alam siber sebenarnya dicipta oleh syarikat – syarikat anti virus. Mengapa mereka berbuat demikian? Hal ini adalah disebabkan oleh mereka hendak meneruskan penguasaan keuntungan ekonomi mereka. Semakin banyak virus yang ada maka semakin banyak orang akan membeli perkhidmatan anti virus yang ditawarkan oleh syarikat anti virus. Tuntasnya, syaitan pun mereka malaikat pun mereka. Pembunuh pun mereka. Penyelamat pun mereka. Vitamin pun mereka. Bakteria pun mereka.

Siapa punca permasalahan MCA?

Persoalan yang paling utama kini adalah apakah punca sebenarnya MCA berdepan dengan krisis dan berpecah belah? Terdapat beberapa versi analisis jawapan namun pesalahnya hanya seorang sahaja. Pertama, MCA mula berdepan dengan krisis apabila mereka berdepan dengan tsunami politik tanah air pada Mac 2008. Boleh dikatakan sebagai satu kekalahan yang paling bersejarah MCA perlu alami. Kini siapakah yang sepatutnya bertanggunjawab dan dipersalahkan?

Tsunami  Politik Mac 2008 bermula dari siapa?

Sekali lihat memang kita patut menyalahkan Presiden parti MCA iaitu Ong Tee Keat pada ketika itu. Namun kalau kita kupas dengan lebih lanjut sampai ke akarnya sepatutnya Ong Ka Ting yang patut dipersalahkan. Mengapa? Kalau tsunami benar pun sebelum boleh sampai Malaysia pun kena bergerak beribu hingga berjuta batu. Oleh itu adalah wajar kita melihat daripada proses pergerakan Tsunami itu berlaku dan bukan pada ketika Tsunami itu berlaku.

Kegagalan dan kelemahan Ong Ka Ting menerajui pimpinan MCA dan juga menjaga serta mempertahankan segala hak dan kebajikan masyarakat Cina dengan baik selama 3 tinggal iaitu hampir 15 tahun beliau berkuasa mana mungkin segala isu dan permasalahan itu dikumpul  dengan begitu banyak bagaikan ombak yang semakin membesar sehingga terjadinya Tsunami?

Cuma kebetulan Ong Tee Keat menerajui pimpinan MCA pada ketika itu sudah terlambat untuk mencegah ombak yang terlalu bergerak beribu-ribu batu itu untuk terjadi. Analisis ini sudah memberi jawapan sebenarnya siapa puncanya.

Isu Video Chua Soi Lek siapa lebih tidak bermoral?

Kedua, ramai menyalahkan isu skandal seks video Dr Chua Soi Lek. Ya. Tidak dapat dinafikan dari segi nilai, etika dan moral serta integriti Dr Chua Soi Lek bersalah dalam hal ini. Namun jangan lupa juga mereka yang memasang, memerangkap dan merakam skandal Dr Chua Soi Lek itu sebenarnya bermoral, beretika, berintegriti atau tidak? Saya tidak mahu menuduh sesiapa yang merancang kejatuhan Dr Chua Soi Lek dalam isu ini. Hanya mereka yang terlibat akan tahu siapa diri mereka. Lagipun Dr Chua Soi Lek sudah bermoral dan berintegiri untuk mengaku kesilapan beliau termasuk meminta maaf. Bukankah itu dari satu dimensi yang lain sudah jelas menunjukkan satu sifat integriti, moral dan etika? Berbanding pula mereka yang memasang Dr Chua Soi Lek sampai hari ini tidak berani mengaku.

Masalah disiplin Chua Soi Lek siapa gagal atasi?

Ketiga, pemecatan Dr Chua Soi Lek. Isu skandal Chua Soi Lek sudah mula timbul pada zaman Ong Ka Ting. Kalau dia merupakan seorang pemimpin yang effisen mengapa awal-awal tidak mengambil sebarang tindakan walaupun kalau benar Chua Soi Lek sememangnya bersalah dari segi moral dan etika? Beban ini terpaksa dipikul oleh Ong Tee Keat pada zaman pemerintahannya. Satu masalah yang wujud pada zaman Ong Ka Ting. Ong Tee Keat yang kena mengambil tindakan. Ong Ka Ting yang buang sampah. Ong Tee Keat pula yang patut kutip sampah tersebut. Lagipun isu pemecatan Dr Chua Soi Lek bukan sahaja keputusan dan tindakan beliau seorang. Adalah satu tindakan secara kolektif dan dalam kalangan orang yang terlibat dalam lembaga disiplin itu ada juga pengaruh dan orang Ong Ka Ting di dalamnya.

Permulaan kejatuhan kredibiliti Ong Tee Keat siapa penyebabnya?

Keempat, undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat. Ong Tee Keat tidak akan kalah sekirannya tidak dikhianati dan dibelot pada saat-saat terakhir. Dengan kata beliau kehilangan undi dari negeri Perak. Mungkin ada orang di Perak yang tidak gembira abangnya tidak dipilih menjadi Menteri? Mungkin juga ada orang dari Perak yang mencaturkan segala permasalah di MCA supaya dia boleh kembali berkuasa? Mungkin ada orang tidak puas hati pada Ong Tee Keat yang tidak berjaya menjayakan racangan mereka untuk menjatuhkan Chua Soi Lek?

Cuba kita bandingkan isu moral dan etika di sini. Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks berani mengaku dan memohon maaf. Berbanding konon-kononnya wujudnya pihak dan kuasa ketiga pada ketika itu. Nama bekas presiden menyokong kumpulan ini. Namun tiada seorang bekas presiden yang sanggup ke depan mengaku berlakunya isu ini. Kata mereka TIDAK MAHU CAMPUR TANGAN. Siapa yang lebih bermoral di sini? Seolah-olah telah merogol orang tetapi tidak mahu mengaku berbanding seorang yang ada kehidupan peribadinya sendiri yang berani mengaku dan memohan maaf secara terbuka.

Selamatkan MCA atau Pahlawan PKRZ?

Kelima, isu PKRZ.  Mungkin ini isu yang paling tepat untuk menggambarkan pepecahan yang berlaku dalam MCA. Bukan pepecahan antara Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek kerana kedua-dua mereka tidak terlibat. Namun mereka yang terlibat tidak mahu isu ini dibongkarkan oleh Ong Tee Keat yang berani dan bermoral. Oleh itu saya tertanya-tanya slogan mahu selamatkan MCA lebih tepat atau sebenarnya slogan hendak menyelematkan Pahlawan PKRZ?

Mengapa Liow Tinog Lai menjadi seeokor kuda yang membelot?

Keenam, pembelotan Liow Tiong Lai dan rakan-rakan pada saat terakhir. Ingat. Liow Tiong Lai hanya sebiji buah catur dan seekor kuda yang ditunggang. Kalau nak salahkan jangan salahkan kuda kerana kuda yang mematahi dan mengikut segala perintah dan hala tuju yang hendak dituju oleh si penunggang. Siapa penunggang Liow Tiong Lai. Tepuklah dada tanyalah selera.

Rumusan

Rumusannya. Pepecahan dalam MCA berlaku disebabkan oleh Ong Ka Ting. Dialah yang membeloti Ong Tee Keat. Dialah yang gagal memilih bakal penggantinya. Dialah yang mendalangi isu video Chua Soi Lek. Dialah yang mencaturkan Liow Tiong Lai dan rakan-rakan.

Baik. Anggap sahaja kini kalau benar pun Ong Ka Ting bukan punca pepecahan di MCA. Adakah tindakan dia untuk bertanding dan merebut jawatan Presiden MCA lebih menyatukan atau memecahbelahkan MCA? Jika MCA sebelum ini hanya 2 pihak dan kuasa yang bergelut kini pula timbul kuasa ketiga dalam rampasan takhta MCA. MCA sepatutnya berpecah hanya kepada 2 tetapi kini sudah berpecah kepada 3.

Kalau benar pun ikhlas hendak menyelamatkan dan menyatupadukan MCA. Adakah dengan menjadi Presiden merupakan langkah terbaik? Mengapa awal-awal bila isu persengketaan wujud kata tidak mahu campur tangan? Mengapa kini baharu nak campur tangan? Di manakah konsistennya  dan perjuangan kata-katanya? Mereka tidak pernah memanggil Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat untuk bertemu dan berunding dahulu? Mengapa tidak cuba menjadi orang tengah? Kalau gagal baharu hendak bertanding mungkin niatnya memang nak selamatkan MCA. Ini tidak. Bila ada kesempatan terus hendak bertanding. Timbulah konsep perpaduan dan penyelamat.

Isu siapa yang mengubal perlembagaan terhad jadi Presiden 3 penggal?

Ong Ka Ting sendiri yang mengehadkan pemilihan Presiden MCA makmsima 3 penggal. Kini sendiri hendak kembali ke gelangganya. Dari segi perundangan boleh. Tetapi dari segi perjuangan, perlaksaan kata-kata dan integriti boleh atau tidak beliau menrogol pembaharuan yang beliau sendiri bawa ke MCA?

Barisan Nasional dan masyarakat Malaysia sudah berada di bawah pimpinan kamu selama 3 penggal habuk pun tidak dapat. Kini Ong Tee Keat yang satu penggal pun belum tamat sudah terus anda menghukum beliau gagal.

Isu Pengalaman

Satu lagi pembuktian yang suka ditimbulkan oleh Ong Ka Ting iaitu dia ada pengalaman untuk menyatupadukan kumpulan A dan B. Beliau sepatutnya orang terakhir yang layak guna ayat tersebut. Hal ini disebabkan beliau sendiri berpihak kepada A dahulu. Kalau demi MCA dan demi perpaduan sepatutnya dia neutral seperti beberapa pemimpin MCA pada ketika proses pergelutan A dan B mula. Pengalaman kamu sudah basi Ong Ka Ting. Malaysians already sent a good message during the last general election for your 3 terms of failure. Please accept the facts. Kalau benar isu pengalaman di sini sepatutnya Chua Soi Lek yang menjadi Presiden kerana beliau lebih berpengalaman dalam dunia politik berbanding Ka Ting sebanyak 9 tahun.

Kesian Liow Tiong Lai

Kalau benar erti perpaduan parti. Siapa yang menjadi dalang kepada desakan berlakunya proses pemilihan Presiden sedangkan setahun lagi pemilihan akan berlaku. Siapa yang tidak sabar di sini? Siapa yang tergesa-gesa di sini? Kesian melihat Liow Tiong Lai terus menjadi mangsa kekejaman si penunggang.

Siapa bongkar isu rasuah Kong Cho Ha dan Ng Yen Yen ?

Baru-baru ini isu berkaitan penglibatan Kong Cho Ha dan Ng Yen Yen dikaitkan dengan rasuah. Penulis memberi kebebasan kepada penulis siapa yang membongkarkan isu ini. 2 orang ini orang Chua Soi Lek. Maknanya bukan Chua Soi Lek. 2 orang ini juga tidak berdendam dengan Ong Tee Keat. Adalah terdengar gossip projek seorang di Perak dihentikan oleh Kong Cho Ha. Siapa ya? Anda sendiri buat kesimpulan sendiri.

Rakyat mesej kepada Ong Ka Ting

MCA. You bring back Ong Ka Ting to power, we as rakyat Malaysia will give you another Tsunami in the next general election. We had rejected him once. We will reject him again. Maybe Ong Ka Ting would like to be the Opposition Leader at that time if UMNO allows.

Tee Keat atau Ka Ting lebih berwibawa?

Kini ada pertikaian bahawa semasa pemerintah Ong Ka Ting berbanding Ong Tee Keat lebih aman dan damai pada ketika Ong Ka Ting maka terus kita hukum Ong Ka Ting melakukan kerja dengan lebih baik. Ong Tee Keat terus dicop gagal. Penulis hendak beri satu analogi kepada anda semua. Anda membuat pemilihan mana yang lebih bermakna dan besar nilai dan ertinya. Situasi A Lee Chong Wei kalahkan pemain tidak ternama dari Vietnam dengan selesa sebab Vietnam lemah dan tidak banyak memberi persaingan berbanding Lee Chong Wei kalah atau seri kepada Lin Dan setelah bersungguh-sungguh mengatasi segala serangan, teknik, strategi, kehebatan, cabaran, dugaan dan rintangan yang diberikan oleh Lin Dan dengan berpeluh-peluh. Maknanya Chong Wei tidak dikalahkan dengan selesa. Beliau cuba sedaya upaya untuk menangkis serangan Lin Dan dengan penuh kesungguhan.

Situasi tersebutlah yang menggambarkan Ong Tee Keat malangnya terpaksa berdepan dengan Lin Dan dan tuahnya dan mudahnya Ka Ting berdepan dengan pemain badminton tidak ternama. Kalau Ka Ting menentang Lin Dan mungkin dibelasah dengan teruk. So Tee Keat did his good job anway. Dia tabah. Dia hadapi satu per satu. Dia tidak putus asa. Dia cuba sedaya upaya untuk berdepan dengan segala dugaan. Sesungguhnya prestasi seseorang hanya boleh dinilai dengan lebih tepat apabila kita menilai permasalahan yang mereka hadapi. Dugaan itulah sebenarnya ujian kekuatan seseorang.

Ramalan pertandingan 3 penjuru

1.    Chua Soi Lek – 1000 perwakilan

2.    Ong Tee Keat – 900 perwakilan

3.    Ong Ka Ting – 600 Perwakilan

Ramalan pertandingan 2 penjuru

1.    Kong Cho Ha – 1900 perwakilan

2.    Liow Tiong Lai – 600 perwakilan

Pilihan Rakyat : Ong Tee Keat

Rakyat akan bersimpati terhadap apa yang dialami oleh Ong Tee Keat. Beliau dilabel sebagai seorang yang berani dan pejuang sejati. Seorang individu yang mengalami isu rasuah atau segala permasalahan moral paling minima. Kelemahan Ong Tee Keat satu sahaja. Sangat lemah dalam percaturan politik. Strateginya semua memakan diri. Amat sayang untuk seorang pemimpin yang serba lengkap dan sempurna namun segala pergerakan dan pengeluaran kata-kata politiknya amat lemah.

Pilihan Peribadi : Chua Soi Lek

Saya merupakan seorang strategis dan sangat suka mengakaji serta membaca segala benda yang berkaitan dengan falsafah strategi. Saya amat mengagumi segala percaturan politik beliau. Cukup tenang dan bijak. Apatah lagi saya seorang pendebat yang cukup mengagamui segala bidasan dan kenyataan beliau yang dianggap sangat bijak untuk political gain dan setiap patah katanya penuh berstrategi dan memiliki maksud tersirat yang cukup tajam.

Mungkin disebabkan faktor ini beliau akan terpahat dalam sejarah MCA selama-lamanya. Seorang yang dialami skandal seks mampu menang pertandingan 3 penjuru dan kalahkan abang bekas Presiden Parti. Tidak mendapat sebarang jawatan Menteri namun pengaruhnya untuk memanggil mesyuarat khas untuk mengembalikan jawatannya. Juga faktor yang menentukan segala yang beliau hendak tentukan di MCA.

Bila Liow yang dicaturkan untuk menuntut pemilihan beliau tidak mahu maka tidak berlaku. Bila sahaja beliau mahu dengan mudah sahaja mendapat angka untuk pemilihan kali ini. Beliau juga orang terakhir menggumumkan hasrat merebut jawatan tertinggi. Beliau cukup tenang. Analisis dahulu segala keadaan dan pihak lawan dengan baik baharu membuat keputusan. Selama beberapa hari seluruh rakyat Malaysia dan media tertanya-tanya langkah yang bangkal diambil olehnya sehingga mewujudkan banyak spekulasi yang secara tidak langsung memberi banyak tumpuan media kepadanya secara percuma. Beliau bukan seorang attacker or defender but bermain counter attack. Tee Keat seorang attacker. Ka Ting defence in attacking.

My vote go to him if only I am MCA member and part of the delegate. Will also campaign for him and influence people to go for him personally. Saya mungkin akan dituduh menghalalkan tindakan seks beliau tetapi bagi saya isu kepimpinan mesti dipisahkan daripada isu hal peribadi apatah lagi isu seks ini terdapat niat konspirasi oleh pihak tertentu yang tidak baik dalam perkara ini. Beliau sudah pun meminta maaf dan mengaku. Saya optimis untuk melihat reaksi beliau yang bermoral terhadap isu yang tidak bermoral yang berkait rapatnya dengannya.

We need a good politician. A leader that is wise and smart enough. A strategist that is brilliant to bring the good to power in the party and also the community. There is a difference between raping a person and consensual sex between 2 adults.

Pilihan Bekas Pemimpin : Ong Ka Ting

Saya tidak dapat menganalisis mengapa cuma sekadar membuat andaian isu PKRZ? atau isu Ong Ka Chuan? Anda membuat penilaian sendiri. Tidak mahu membuat tuduhan di sini. Cuma sekadar tinggalkan persoalan.

Pilihan demi kebaikkan MCA dan Malaysia : Ong Tee Keat

Paling bersih. Kurang masalah dan skandal. Seorang pejuang.

Pilihan demi kebaikan Barisan Nasional : Chua Soi Lek

BN sudah kehilangan orang yang bijak dan strategis politik yang berwibawa. Kapal BN akan karam tidak lama lagi kalau percaturan yang membunuh diri BN terhadap Pakatan Rakyat dianggap bijak di mata mereka tetapi realiti politik adalah bodoh

Strategi untuk ketiga – tiga calon

Strategi Ong Ka Ting sudah tepat kerana memainkan isu penyelamat dan perpaduan. Memberi imej sebagai kuasa neutral dan pengimbang. Memainkan isu pengalaman. Satu permulaan yang baik untuk Ka Ting. Ong Tee Keat pun tepat kerana tidak menyerang mana-mana pihak dan membiarkan 2 pihak lagi membunuh sesama sendiri. Chua Soi Lek pula cenderung untuk menyerang Ong Ka Ting dimana dalam dunia politik memberi imej sebagai memainkan watak yang jahat? Untuk melawan Ong Ka Ting yang jahat tetapi bertopengkan baik sepatutnya  strateginya adalah bertanding watak siapa lebih baik dengannya. Atau sekurang-kurangnya biar Ong Ka Ting membuat serangan terlebih dahulu then you counter attack then people will be thinking you are defending yourself. Walaupun realitinya Tee Keat and Soi Lek vs Ka Ting tetapi percaturan politik terkini seolah-olah Ka Ting vs Soi Lek. So the middle man and the so-called indirectly neutral man will have political advantage over this.

Cuma bijaknya Soi Lek rangkaian pasukan pemilihan kali ini cukup hebat. Donald Lim Siang Chai dari Selangor. Choo Chee Heung dari Kedah. Ng Yen Yen dari Wanita. Kong Cho Ha dari Perak. Dari segi pengaruh dan kuantiti Soi Lek menang. Namun politik ada kalanya seperti peperangan. Many times superior in army and technology does not assure victory. It is about strategy. That is how the United States lost to Vietnam and that is how Wei under Cao Cao in the 3 Kingdoms lost to Liu Bei from Shu.

Kesimpulan

Sesungguhnya pemilihan kali ini tiada pemenang. Siapa yang menang dan siapa yang kalah akhirnya MCA tetap kalah. Menjadi semakin berpecah dan lemah. Imej yang lebih teruk di mata rakyat. Kredibiliti parti terjejas. Keyakinan terhakis. Akhirnya DAP dan pakatan rakyat yang untung.

 



Comments
Loading...